Iftar Restoran Aaron Aziz Kids & Creme

Semalam selesainya iftar di kids & creme, ala kedai Aaron Aziz tu. Memang first time datang area sini, walau sebenarnya hanya setengah jam perjalanan dari rumah. Kalau dari exit tol setia alam tu masuk kiri memang dah dekat sangat dah. Atau paling mudah nak jumpa kena cari Setia Alam Mall. Sebelum sampai ke Setia Alam Mall tu, masuk kiri ke bangunan lot kedai yang nampak macam kosong. Memang banyak kedai kosong lagi kat situ tapi oklah sebabkan kosong. parking pun banyak. Selesa pendek kata.

restoran aaron aziz

Sebenarnya majlis berbuka puasa ni ditaja oleh mama shaklee ku yang ajak kitorang berbuka di sini bersama mereka yang naik rank. Kalau taktau apa itu mama shaklee, takyah tau la. Masuk shaklee nanti taula tu ehehhe. So bila orang belanja haruslah menghadirkan diri dengan jayanya kan. Seronok bukan sebab nak makan sangat tapi sebab nak jumpa kawan-kawan yang lebih extra teruja tu. Maklumlah kerja kami buat sales shaklee online sahaja, beberapa bulan sekali tak tentu lagi nak jumpa kan. Inilah masanya mujur ada bulan puasa. Lagi pulak si mama ni bukan selalu ada kat Malaysia. Entah mana dia pegi ladang ke singapura, kadang kat jakarta, kadang kat London, tak usah la nak cari dia sangat. Masa terluang beginilah tak harus dilepaskan.

kedai aaron aziz

Menarik juga tema kat sini. Ada kerusi kat sebelah luar dan dalam. Kat dalam ada disediakan tempat mainan budak-budak. Ada meja kecil dan kerusi kecil, ada mainan kat situ. Jadi trick nya adalah supaya anak anda leka di situ dan anda boleh menikmati makanan dengan jayanya. Budak-budak tak payah nak suruh, dia memang jadi magnet pada tempat sebegitu, nampak je ada mainan automatik fikiran dok kat situ. Jadi anak-anak kami semuanya bermain kat situ, mak ayah riang gembira di meja masing-masing. Jangan risau, boleh nampak mereka bermain, depan mata insyaAllah terjamin.
Ini ruang sebelah dalam restoran ni. Dekat hujung tulisan tu la yang ada meja budak-budak main.

berbuka di restoran aaron aziz

Ini pula bahagian luar tempat buffet disediakan. Banyak juadah juga ada hinggakan durian pun ada. Nasi hujan panas, nasi putih bersama lauk pauknya, kek, buah buahan, red velvet, mee sup, bubur, putu piring, seafood barbeque, kambing golek dan macam-macam lagi. Meriah kari makan sampai pengsan!

restoran aaron aziz

restoran aaron aziz

restoran aaron aziz
restoran aaron aziz

Tengah elok berbuka, tetiba Aaron sampai. Wah mata merelip uols hahah. Nak suap ayam jatuh balik ke pinggan hahaha. Apa lagi tanpa ragu sempat snap gambar sekeping dua.

berbuka di restoran kids & creme

kids & creme

Tak bajet ok Aaron nak datang, sebab awal-awal dia takde jadi kami fikir takpelah Aaron takde, crew yang ada pun cukuplah. Tapi dah ombak rindu nak datang sangat, tetiba muncul tanpa disedari.
Sempat juga snap gambar dengan wife Aaron yang sangat cantik kecil molek je orangnya. Tetiba rasa diri besar pulak. Tapi nampak sebaya ok. Maknanya i is muda hahaha.
kids & creme
kids & creme

Anak-anak Aaron pun ada, sempat lagi amik gambar bersama juga. Anaknya yang tengah berbaju merah.

restoran aaron aziz

restoran aaron aziz

Pendek kata iftar yang happy sangat semalam. Bukan sahaja dapat makan, dapat bersilaturrahim, anak-anak pun happy sama, main tak ingat. Akhirnya sampai jam 10 dok situ hanya group kami yang tinggal. Anak-anak pun dah penat, maka kita pulang dengan seribu kenangan yang indah.

restoran aaron aziz

Leave a Reply