Jutawan Shaklee, Anda Pun Boleh!


Kalau dulu mendengarkan perkataan jutawan adalah jauh panggang dari api dan dalam fikiran itu adalah TIDAK MUNGKIN. Nehi nehi. Takkanlah? Mana mungkin. Begitu sekali pemikiran saya, kerana merasakan semua itu tidak terjangkau sedangkan saya terlupa yang memberikan rezeki itu adalah dari Dia. Kalau percayakan itu maka tidak mungkin mustahil kan?

percaya jutawan shaklee



Jutawan Shaklee memang wujud. Anda tidak akan percayainya kerana anda tidak berada di dalamnya. Saya dulu adalah salah seorang pembenci MLM. Siapa yang suka MLM? Rasanya kalau dengar sahaja perkataan itu sudah terbayang benda negatif di kotak fikiran. Walhal apa dosa MLM pada kita? Ianya hanyalah satu bentuk sistem perniagaan sahaja. Yang membuatkan negatif adalah mereka-mereka yang terlibat dengan MLM yang diubah sesuka hati. Maknanya mengikut aturan diri sendiri. Memburu manusia lain untuk menjadi ahli tanpa sebab sehingga memaksa orang lain membuat pinjaman sehingga berpecah belah keluarga, sehingga terpaksa menanggung hutang. 

Tapi kenapa saya join Shaklee sedangkan ianya adalah MLM? Kerana saya nampak ia berbeza. Ia tidak menyuruh kita pergi dari rumah ke rumah untuk menjual produk. Memancing orang dengan kata-kata manis dengan produk mahal sedangkan keberkesanan hampir zero. Pertama sekali yang membuat saya tertarik dan merasakan tidak mengapa terlibat dengan bisnes ini ialah saya tidak jumpa tanggapana-tanggapan negatif berkaitan MLM itu dalam shaklee. Saya tidak jumpa dan tidak pernah diajar untuk menyuruh bakal ahli membuat pinjaman bank sampai bergolok bergadai. Saya tidak jumpa dan tidak disuruh untuk menjual produk dengan cara memaksa. Keduanya adalah keberkesanan produk shaklee yang membuatkan saya tidak ragu sama sekali kerana ramai yang mengakui keberkesanan dan terbukti melalui kajian saintifik.



Berbalik kepada kisah jutawan tadi, yes jutawan MLM memang ujud dan jutawan shaklee juga ujud. Walaupun mungkin tiada yang melihat leader-leader dalam shaklee menayangkan cek setengah juta sebulan pada akaun facebook, tidak mewar-warkan pada dunia, tetapi hakikatnya kami memang jutawan. (kami tu adakah termasuk aku? amin…jangan marah.) Mudah sangat ke nak buat shaklee sampai boleh jadi jutawan? Mudah dalam payah. Itulah jawapannya. Kalau harap jadi jutawan sekelip mata tanpa berusaha maka itu adalah angan yang tak sudah. Sudah-sudah la berangan kalau macam tu. Mahu menjadi jutawan perlu ada keinginan yang kuat dan usaha yang gigih. Dan mereka-mereka ini juga telah buktikan. Walau rata-rata dari kami adalah wanita dan hampir semuanya adalah ibu, tetapi keinginan yang kuat mampu menzahirkan apa yang kami mahukan.

jutawan MLM
gambar hiasan



Jadi jutawan shaklee memang bukan mustahil. Tapi jika tidak mulakan langkah pertama, bagaimana mahu melangkah ke tangga-tangga yang lain? Takut hendak mencuba kerana sudah terlalu ramai yang jual shaklee? Rezeki itu Allah yang pegang, bukan atas tangan manusia. Rezeki sudah ditetapkan bahagian masing-masing. Jika madu yang diinginkan, maka takkan racun yang kita dapat. Berani mencuba itulah kuncinya.

tips jadi jutawan



Alhamdulillah saya sendiri juga adalah salah seorang yang telah mendapat pangkat tertinggi dalam shaklee iaitu Masters tetapi rasanya bukan title itu yang saya agungkan sekarang, tetapi saya lebih suka untuk memberi jalan dan ruang kepada mereka-mereka yang di luar sana yang inginkan kehidupan yang lebih baik. Hidup bukan untuk menongkat langit tetapi ketahuilah insan kaya yang beriman dalah lebih baik dari yang biasa dan beriman. Jadikan rezeki yang berlipatganda itu sebagai batu loncatan kepada lebih banyak kebaikan dan pahala yang ingin kita raih. Jika sebelum ini kita tidak mampu untuk berzakat, mudah mudahan dengan membuat bisnes kita boleh mengeluarkan zakat. Mudah mudahan dengan rezeki yang murah darinya kita dapat bantu mak ayah kita dengan pelbagai cara. Boleh bantu mak ayah bawa mereka ke tanah suci. Dan pelbagai perkara positif yang boleh anda lakukan.

Susah ke nak buat? Tepuk dada tanya selera. Jika anda sekarang sudah bosan dengan rutin kerja seharian anda, sudah tidak mampu menangis di hati terpaksa menghantar anak-anak ke taska sedangkan tangan anda yang paling berhak menjaga anak-anak, maka fikirkan untuk kali kedua. Rebut peluang yang ada. Dan saya bersedia memberikan jawapan kepada persoalan anda itu. Semoga lebih ramai lagi jutawan shaklee berjaya dilahirkan.

jutawan MLM


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply