Masak Lemak Ikan Merah

Resepi masak lemak ikan merah ni simple je sebenarnya. Pejam mata pun korang boleh buat. Tapi kalau pejam pastikan tak tertukar antara air dan santan. Haru biru.

Kisahnya nak buat masak lemak ikan merah yang sesuai untuk dimakan oleh suami dan anak-anak. Kalau nak dimakan oleh anak-anak maknanya tak bolehlah pedas. Kalau ikutkan letak cili api banyak-banyak terangkat meletop kebabom la kan. Tapi mengenangkan tak kuasa pulak nak buat satu jenis kuah lagi maka oklah buat sesuatu tu biar dapat dimanfaatkan semua gitu.

Bahan-bahan masak lemak ikan merah:

  •  2 slice ikan merah (watak wajib dalam cerita ni)
  •  kunyit (dalam 3-5 inci gitu) saya biasa main agak-agak je.
  •  5 ulas bawang merah kecil
  •  2 ulas bawang putih
  •  1 keping asam keping
  •  gula dan garam
  •  sedikit lengkuas
  •  serai (optional) tak letak pun takpe
  •  santan

resepi masak lemak

Cara membuatnya:

  • Tumbuk bawang merah, bawang putih lengkuas dan kunyit hingga lumat.Lengkuas kalau taknk tumbuk lumat boleh juga, hanya ketuk sedikit untuk rasanya menyerap dalam kuah.
  • Masukkan ke dalam periuk bahan yang ditumbuk lumat tadi.
  •  masukkan sedikit air (sedikit je tau dalam setengah cawan gitu. 
  •  kacau hingga nampak menggelegak masukkan santan. Biarkan menggelegak lagi dan masukkan ikan merah.
  • letak garam dan gula secukup rasa. Masukkan serai dan juga asam keping.
  • sedia untuk dihidang.
resepi masak lemak ikan merah
Mudah je kan, pasti menjadi la kalau korang buat. Kalau nak lagi sedap pastikan santan tu segar. Jangan tersilap letak santan basi maka babai la satu periuk akan dicampak ke tong sampah hehehehe.
resepi masak lemak ikan merah

Walau resepi simple tapi anak-anak sangat sukakannya. Harini siap bertambah nasi, terutama yang si adik yang memilih makanan. Pagi-pagi dah makan nasi, disulam pula dengan sebotol susu lepas tu.
Besok nak masak apa pula ye? Sekarang masih belum ada idea maklumlah esok kan cuti. Bila cuti adalah masanya untuk gantung periuk! Mama suka! Mama suka!

==========================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog
pengedar shaklee putra heights


————————————————————————————————————–

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply