Pisang Cheese Bersama Coklat

You are currently viewing Pisang Cheese Bersama Coklat

Harini raya korban nampaknya kerja makan tidur je seharian. Maklumlah bila dah makan sedap masakan mertua, tak lain tak bukan akan makan tak ingat dunia. Harini rasa dah 3x makan aduh duh duh berselera betul kalau orang masak. Biasalah macam anak-anak juga kalau tempat orang biskut kering pun berselera, kat rumah sendiri bagi ayam pun tak berapa nak pandang. Gitulah bila orang dewasa menjadi kanak-kanak.

Setelah kepala dah jadi pusing bangun tidur, rasa tak boleh jadi ni. Kena exercise sikit. Exercise ni adalah dengan berjalan-jalan. Ingatnya nak pusing jusco je, bukan nak cari apa tapi teringat makanan favourite iaitu Tako Tao. Tapi bila sampai je kat jusco, cukup ramai orang, hingga takde tempat parking. Pusing-pusing tak juga dapat parking lepas tu fikir takpelah kita ronda naik kereta jelah lagipun anak-anak dah pun selamat tidur. Dari pagi memang tak tidur dorang ni dan ubat tidur diorang adalah dalam kereta. Umpama dapat bius, masuk kereta terus pengsan. Ada apa dengan kereta?
Hubby pusing nak keluar dari jusco dan kami pun berhajat nak pulang ke ru ah mertua la memandangkan takde parking. Tapi tetiba hubby terpandang kedai goreng pisang. Tapi tak sempat nak break, kena uturn hahahaa. Sebenarnya ingat kedai goreng pisang biasa rupanya pisang cheese:)

Biasalah trend pisang cheese sekarang ni kan. Ada 3 pilihan tapi saya pilih yang cheese+coklat. Tapau 2 bungkus, sebab tamak kan hehehe. Sempat juga tapau coconut shake 2 bungkus. Tapi dok menunggu turn beli pisang tu agak lama jugalah, nasib baik penjual memang jenis pakar, buat kerja pun pantas. Jadi takde la terasa lama sangat dok tercongok menunggu. Memang terbaik sebab pantas. Menunggu takpe janji penjual pantas kita pun rasa seronok tengok dia buat kerja.

Tadaaaa! Inilah dia yang diidamkan. Jangan kira kalori di sini kerana jika anda kira maka anda pasti tak sanggup mengambilnya. Jadi buat-buat tak nampak atau tak sedar je. Janji sedap dan masuk mulut dok diam-diam. Tapi serius sedap yang ni, saya pernah merasa pisang cheese di shah alam dan rasanya ini juga boleh setanding dengan kedai kat shah alam tu. Saya dah lupa pula nama kedai kat shah alam tu tapi kedainya adalah di belakang Jakel. Kalau nak cari silakanlah, dekat restoran ayam penyet tak silap.
Nampaknya tanpa ragu lagi 2 bekas pisang cheese berjaya dihabiskan. Anak-anak pun kemain semangat makan, bertambah-tambah. Maklumlah dikaburi coklat di situ. Puas hati sebab berjaya menambah kalori dalam badan heheeh. Itu sahajalah update pasal makanan hati ni. Esok kena bawak-bawak bertaubat makan makanan sihat pulak.

Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. Nila Anggraini

    macam sedap jer pisang chese tu…..dah terir la pulak…kat sini ade juga pisang chese nie tapi takde la sedap mata memandang macam pic kat atas tu….kalau ade resepi sekali kan bagus mak jemah…..hihihi.^_^