Resepi Sahur: Freshmilk Badam Bersama Mealshake & ESP

Ramai yang tengah prepare sahur ke? Atau ada yang tunggu bangun awal nanti untuk masak sahur? Saya biasanya bersahur secara ringkas sahaja, jarang mengambil nasi. Tapi suami wajib ambil nasi 😍

Ok saya nak share resepi yang saya suka terutama masa sahur terutama di bulan puasa ni. Saya sukakan sahur yang mudah dan ringkas sahaja kerana yang penting dapat alas perut dan memenuhi tuntutan sunat sahur itu sendiri.
Ok jom kita tengok resepi ringkas ini.
Baban-bahannya:
1. Badam
2. Kurma
3. Fresh Milk
4. ESP (energizing soy protein)
5. Mealshake

Mudah sahaja, saya buat resepi ni untuk 2 orang minum. Hanya perlukan:
7 biji kurma, badam secukup rasa, fresh milk, 2 sudu mealshake dan 4 sudu ESP.
Campur semua bahan tadi masukkan dalam blender dan terus blend semuanya sekali. Pastikan badam tu hancur ye.

Mudah sangat nak buat, kalau anda sukakan buah-buahan lain boleh gantikan dengan meletakkan strawberi, mangga dan buah kegemaran anda.
Untuk menggantikan ESP, anda boleh gunakan Cinch terutama sekali bagi mereka yang ingin berdiet kerana cinch adalah supplement untuk inch loss. Kurangkan inci ye. Maka paha yang besar boleh dikurangkan sikit incinya. Lengan kembang boleh dikecilkan sedikit.
Boleh variasikan resepi ini ikut kesukaan masing-masing. Satu untuk mama, satu untuk papa, satu untuk anak-anak. Yang penting semua orang happy dapat bersahur bersama-sama.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Fatihanum:
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Leave a Reply