Thrush – Jangkitan Kulat Pada Mulut Bayi


Ibu-ibu semua perasan tak pada bayi kadang-kadang ada tumbuh tompok putih atau macam kulat dalam mulut bayi? Bila dibelek-belek, bukannya sisa susu tapi adalah tompok putih yang tidak hilang.

babies oral thrush



Adakah ia menyakitkan bayi? Tidak sakit sebenarnya cuma tidak selesa sahaja. Itu adalah “kulat” atau juga lebih dikenali sebagai “Thrush”. Kulat ini sebanarnya adalah jangkitan yang didapati semasa proses kelahiran. 

Apakah Yang Menyebabkan Ia Terjadi?

Ianya berasal dari kulat yang mana kulat ini biasanya ada dalam sistem penghadaman setiap manusia. Semasa proses kelahiran dan melalui saluran kelahiran, kulat ini akan menjangkiti bayi. Tapi ia adalah tidak bahaya sebenarnya. Ia akan semakin membiak bila hormon berubah selepas kelahiran bayi. Ia juga terjadi kerana semasa proses kelahiran, ibu diberi antibiotik. Antibiotik ini akan membunuh semua bakteria termasuk juga bakteria baik. Dengan itulah juga punca boleh terjadinya kulat membiak.

oral thrush



Bila ianya menjangkiti bayi, ibu juga boleh dijangkiti terutama pada ibu yang menyusu badan. Kulat dari mulut bayi akan menjangkiti puting susu ibu. Adakalanya jangkitan itu akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan pada putingnya namun ada setengah ibu tidak mengalami apa-apa kesakitan. Tidak semua bayi yang dijangkiti kulat akan menyebarkan pada ibunya pula.

Bagaimana Mengenalpasti Adakah Ia Thrush Atau Tidak?

Ibu boleh periksa tompokan tersebut, cuba sentuh, dan tengok adakah tompokan itu terasa kasar dan kemerahan. Jika disentuh dan sukar untuk hilang maka ia kemungkinan besar adalah kulat (Thrush). Tanda lain juga boleh dikenalpasti kemungkinan bayi akan berasa sakit atau tidak selesa bila semasa menyusu dia menangis. Kemungkinan juga bayi anda sudah mula diserang kulat ini.

Bagaimana Merawat Kulat (Thrush) ini?

Dalam kebanyakan kes jika bayi tidak berasa sakit, ia boleh pulih sendiri dalama jangka masa beberapa minggu. namun jika bayi menangis, cepat-cepat bawa pada pakar kanak-kanak dan periksa dengan lebih lanjut. Anda kemungkinan akan diberi satu ubat sapu anti kulat yang diberi nama Nystatin. Ubat ini boleh disapu menggunakan jari anda ke sekitar tempat yang dijangkiti.


jangkitan kulat thrush


Bolehkah Thrush Dihindari?

Tiada apa yang boleh menghindari bayi dari terkena kulat semasa proses kelahiran kerana ia melalui “terowong kelahiran” tersebut. Jika boleh pun, hindari bayi dari diberi antibiotik kerana antibiotik ini boleh mengganggu bakteria yang mengawal kulat.

Adakah Ia Bahaya?

Tidak. Ianya akan pulih dengan sendiri dan apa yang penting ibu mesti mengambil langkah bwerjaga-jaga sahaja jika terdapat tanda-tanda yang tidak pulih, segeralah berjumpa pakar anda.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply