Tips Lembutkan Hati Anak-Anak

Ada satu hari saya terbuka tv. Perkataan terbuka tv tu sebabnya sangat jarang berkesempatan menonton tv di rumah. Ada sahajalah kerjanya walaupun berstatus WAHM. Orang kadang ingat ibu yang berada di rumah ni boleh rehat lebih banyak tapi sebenarnya tak betul. Rasa sekejap je masa berlalu tapi kerja tak pernah habis.

Jadi berbalik pada kisah tadi saya ada tengok rancangan TV tapi dah lupa rancangan apa. Dan satu tips yang saya tertarik adalah tipsnya untuk melembutkan hati. Tak kisahlah melembutkan hati siapa pun. Tapi yang ni sesuai juga untuk anak-anak. Tidak semestinya anak degil baru nak doakan tetapi boleh kita amalkan seharian.
Tipsnya adalah setiap hari baca surah as syura ayat 19. Baca sebanyak 19 kali dan hembus di wajah anak-anak semasa mereka tidur. Maksud ayat ini:
Maksudnya : “Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Berkat usaha, insyaAllah anak-anak boleh mendengar kata. Mudah ikut nasihat ibu bapa. 

Satu lagi tips, boleh baca zikir Ya Latif sebanyak 7x dan hembus di ubun-ubun anak-anak semasa mereka tidur. Mudah mudahan menjadi anak yang soleh solehah dan mudah mendengar kata ibu bapa.

Ini adalah salah satu tips yang boleh kita amalkan, mudah mudahan dengan membuatnya secara istiqamah kita dapat lihat hasilnya, insyaAllah..


doa lembut hati anak


Leave a Reply