Rambut Uban Menjadi Hitam Dengan Vivix

Saya baru bercadang untuk menghadiahkan Vivix kepada moyang saya, namun beliau telah kembali ke Rahmatullah selepas 2 hari saya pulang menemuinya di Jerantut.

vivixVivix adalah produk terbaru Shaklee (baru sampai ke pasaran Malaysia), merupakan produk anti penuaan yang powerful.

Memetik dari website Shaklee Malaysia:

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Saya mendengar kisah seorang aunty (Chinese lady) yang mengambil Vivix dari Kak N. Katanya Aunty ni menghidap kanser tahap ke-4 dan menjalani rawatan kimoterapi. Selesai rawatan, beliau pulang ke rumah dan diberi minum Vivix oleh anaknya.

Namun, Aunty ni akhirnya meninggal dunia. Pada hari kematiannya, doktor yang pernah merawatnya datang melawat. Dan beliau amat terkejut melihat wajah mendiang yang berubah, kelihatan lebih muda. Kedut2 dimukanya kelihatan licin saja.

Kisah kedua pula diceritakan oleh Tuan Haji Roslan, orang lama dalam Shaklee. Saya berjumpa dengan beliau di cawangan Shaklee hujung minggu lepas (sempat beliau memuji kami dengan teknik pemasaran yang up-to-date dan trial pack 😀 ). Tuan Haji menunjukkan kepada saya satu video seorang doktor (saya lupa namanya) sedang memberi ceramah di satu majlis anjuran Shaklee. Kata Tuan Haji “Doktor XXX ni dulu ubannya banyak, sekarang nampak, hitam dah kan?”.

Saya tak kenal doktor tu sebelum ni, tapi dalam video tu memang jelas rambut beliau memang hitam.

Apakah sebenarnya Vivix ini?

Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Tentang anti penuaan, mengambil Vivix bukan bermakna menolak untuk menjadi tua.. kita takkan muda selamanya, tapi menjaga diri kita agar tidak lapuk ditelan usia. Tengok saja Tun Mahathir, dah berusia tapi masih cergas dan cerdas. Tidakkah kita mahu menjadi seperti beliau?

Walau bagaimanapun, Vivix tidak boleh diambil oleh kanak-kanak, wanita hamil dan menyusukan bayi.

Dapatkan Vivix dan jadikan hadiah istimewa kepada ibu bapa anda, semoga hari-hari tua mereka dijalani dengan riang dan gembira.

credit

Leave a Reply to cerita ceriti kak sarah Cancel reply

This Post Has 2 Comments

  1. SITI NOR HAYATI

    TAHNIAH PADA MEREKA YANG TELAH MENGAMALAKAM VIVIX
    SAYA YAKIN SIAPA JUGA YANG PERNAH MENCUBANYA PASTI MENIKMATI KHASIATNYA YANG SUNGGUH MENAKJUBKAN , TAK PERCAYA SIAPA BELUM CUBALAH, INSYALLAH DENGAN IZINNYA KELAINAN AKAN DIRASAI, PERCAYA LAH DENGAN KATA LAIN BERANIKAN DIRI MENCUBA DEMI KESIHATAN DAN KECERIAN ANDA

  2. betul tu..hanya mereka yg mengalaminya saja tau hehee..sesuai jgk utk dihadiahkan pada ibu bapa utk kesihatan berpanjangan..insyaAllah