Menjayakan Penyusuan Sehingga 2 Tahun

Apa permulaan yang perlu dibuat utk memastikan penyusuan yg berjaya? Pastikan ibu-ibu semua lihat pada checklist ni. Mungkin boleh dijadikan sedikit panduan:

1. TETAPKAN MATLAMAT – sebolehnya semasa mengandung lagi, tanamkan hasrat untuk menyusukan baby selama yang boleh , sekurang2nya 2 tahun. InsyaAllah jika ada matlamat ni, dipermudahkanNya untuk mendapatkan susu yang mencukupi untuk zuriat tersayang.

2. CARI ILMU/INFORMASI SEBANYAK MUNGKIN – semasa mengandung atau tengah dalam plan hendak mengandung lagi, cari seberapa banyak maklumat tentang penyusuan sebanyak yang mungkin. Tanya pada yg pakar dan refer kawan-kawan yang berpengalaman dan yang telah berjaya dalam penyusuan. Gali ilmu penyusuan untuk memudahkan kita membuat persediaan secukupnya. Bila sampai waktunya, kita dengan mudah dalam mengatasi segala masalah yang mungkin timbul.

3. BUAT PERSIAPAN SECUKUPNYA – sediakan peralatan mengepam seboleh-bolehnya sebelum bersalin. Ini untuk memudahkan kita membuat stok semasa dalam pantang. Dengan adanya pam, kita dapat mengumpul stok yang secukupnya kerana dengan mengepam juga dapat stimulate penghasilan susu yang lebih banyak si samping membuat direct feeding.

4. DOA & TAWAKAL – tiada yang akan berlaku melainkan dgn izinNya. Kita hanya berusaha, Dia yang mengetahui yang terbaik untuk kita.Banyakkan meminta padaNya moga dipermudahkan kita dalam Journey breastfeeding..semoga berjaya semua!

Leave a Reply