Bukan Sebab Keturunan

Pernah dengar ayat ni tak?
‘Saya memang tiada susu, sebab tu saya tak dapat susukan anak dengan susu ibu’
‘mak saya dulu pun takde susu, so saya pun takde susu, memang keturunan kami kot tiada susu’.
‘susu saya sikit sangat, tak cukup untuk baby, nanti baby lapar’

Ayat-ayat di atas tentu biasa didengar malah percaya atau tidak ianya pernah menjadi ayat saya pada satu ketika dulu. Disebabkan kejahilan dan ilmu yang kurang di dada, saya tidak cukup persediaan untuk membolehkan saya berjaya dalam misi penyusuan. Sehingga saya tewas semasa masih dalam pantang. Saya susukan baby dengan fm sepenuhnya bila start masuk kerja.Anggapan yang sangat saya kesalkan.

Sememangnya sampai sekarang saya masih rasa terkilan tidak dapat susukan anak pertama dengan susu ibu,betapa ceteknya ilmu saya dan saya memang tidak tahu langsung adanya kumpulan sokongan untuk membantu saya dalam memperjuangkan penyusuan susu ibu.Oleh sebab itu, saya bertekad jika mengandung kedua kalinya saya ingin dapatkan sebanyak info yg boleh dan saya rasa benar-benar bersedia saat itu.

Lahirnya anak kedua, maka bermulalah misi saya utk merealisasikan impian. Memang permulaan semasa dalam pantang saya menghadapi masalah dengan pengeluaran susu walaupun bersedia dengan segala info-info sebelum ini. Sehingga satu hari semasa pantang saya terjumpa dengan produk shaklee dan alhamdulillah serasi dengannya sehingga saya betul-betul yakin yang akhirnya menyebabkan saya menjadi distributor sah.

Bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah seperti pengalaman saya, bolehla hubungi saya untuk bertukar-tukar fikiran atau ingin berkongsi pengalaman. InsyaAllah saya sekarang adalah penyokong susu ibu yang paling tegar 😛

Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This Post Has 2 Comments

  1. Saya pun sekarang menyusukan anak kedua.. Harapnya lebih lama, menjangkau usia anak 2 tahun… 🙂

    Apa perbezaan susu sekarang? Perkembangan anak pula macam mana ye?

  2. skng bby sy dh umur 9 bulan..alhamdulillah dapat susukan dia sepenuhnya tanpa fm..
    susu sekarang bg sy berganda2 beza dr yg dulu..dulu habis je pantang, susu kering..sekarang ni skali pam dpt 8oz syukur sgt.yg ketara perbezaan nya anak 1st ngn kedua ni, yg kedua sgtla jarang sakit..selsema pun jarang. kalau kena cpt pulih berbanding kakaknya dulu bila demam je mesti masuk wad. syukur yg amat.