Kenapa Susu Saya Sikit?

Ramai ibu di luar sana bertanyakan saya kenapa susu mereka sikit? Bayangkan betapa ibu risaukan bayi mereka tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dari susu ibu. Ini membuktikan masih ramai ibu-ibu sangat mengambil berat perihal pemakanan awal bayi mereka. Tahniah kerana anda tergolong ibu yang sedemikian.

Persoalan susu sedikit rata-rata boleh kita jumpa terutama oleh ibu-ibu baru. Ibu-ibu lama yang sudah punya pengalaman pun sama (contohnya diriku satu masa dulu).

Bila susu sikit mulalah ingin mencari ubat/supplement tambah susu. Tapi ibu sendiri sedar tak apa asas dalam penyusuan itu sendiri? Bila mencari ubat tambah susu, sudah tidak kira apa jenisnya yang penting susu kembali seperti biasa. Sebenarnya tiada jalan mudah kerana konsep penyusuan itu sendiri adalah semulajadi.

Jalan singkat ingin mencari ubat penambah susu biasanya diiringi dengan perasaan yang inginkan hasil serta merta. Bila tidak mendapat hasil yang diingini, mulalah mencari salah ubat penambah susu. Sedangkan ibu sendiri yang tiada pengetahuan asas tentang konsep penyusuan iaitu ‘supply & demand’.

Mudah jika ibu semua memahami konsep supply & demand kerana dari pengalaman dan ilmu tersebut, ibu tidak akan mudah terpesong dari niat sebenar. Tidak salah inginkan supplement/ubat untuk tingkatkan pengeluaran susu tetapi ilmu di dada perlu dipenuhi terlebih dahulu. Ilmu yang ada tentang penyusuan sedikit sebanyak akan membantu ibu menjayakan penyusuan dengan lebih lama dan mudah.

Tiada yang mustahil untuk dapatkan hasil pam yang berganda-ganda jika ibu tau tekniknya. Bagi ibu yang masih mencari-cari cara untuk dapatkan hasil pam yang baik, bolehla bertukar-tukar pandangan dengan saya. Dengan ilmu yang sedikit, bila digunakan untuk membantu yang lain adalah satu kepuasan yang berganda. Happy Breastfeeding ibu-ibu semua!

Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply