Bengkak Kaki Sewaktu Hamil

Ada kebanyakan ibu mengamdung mengalami bengkak kaki terutamanya pada trimester ketiga kehamilan.
Bengkak kaki ini dipanggil juga edema iaitu lebihan cecair di bahagian kaki dan sekitar buku lali.

Bengkak kaki ini biasanya tidaklah bahaya cuma ibu perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan segera berjumpa dengan doktor jika bengkak yang dialami luarbiasa iaitu mengalami bengkak di muka atau tangan.

BAGAIMANA MENGELAKKAN BENGKAK KAKI?

1.Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.
2.Pakai kasut yang sesuai dan selesa, semestinya kasut bertumit 4 inci tidak lagi sesuai untuk anda!
3.Pakai stokin yang selesa. jangan terlalu ketat. Ini untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan darah.
4.Minum air secukupnya, sekurangnya 8 gelas sehari. Mungkin nampak tidak relevan kerana sudah berlebihan cecair tetapi masih mahu menambah cecair. Tapi itulah kebenarannya kerana air yang diminum secukupnya boleh menyingkirkan toksin dan juga lebihan yang tidak perlu dari badan, seterusnya dapat mengelakkan bengkak kaki dari terjadi.
5.Kurangkan garam. Biarlah semuanya bersederhana kerana garam yang berlebihan juga dapat menyebabkan bengkak kaki.
6.Exercise seperti berjalan dan berenang. Dengan berenang, tekanan dari air dapat megalihkan cecair berlebihan yang dialami.
7.Ambil vitamin B6. Pyridoxine paling effective dalam mencegah dan menghindar lebihan air.
Dos yang disyorkan adalah 25-50mg sehari. Contoh vitamin B6 adalah terdapat dalam B complex Shaklee.

Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply