Morning Sickness! Aduh seksanya..

Namanya saja morning sickness tapi ada ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang hari!Seksanya hadapi morning sickness ni tambahan lagi sebab segalanya jadi serba tak kena.

Morning sickness ni adalah rasa loya, mual yang berlaku pada ibu mengandung terutama di awal kehamilan.

APAKAH PENYEBABNYA?
Tiada sebab yang specific yang boleh mengaitkan kenapa ‘morning sickness’ ini berlaku. Tapi sebab-sebab berikut boleh dikaitkan dengan ‘morning sickness’:

1. Kehadiran hormon hcG (Human chorionic gonadotropin)
Hormon ini meningkat dengan cepatnya di awal kehamilan. Dengan peningkatan hcG ini dikaitkan dengan rasa pening dan muntah-muntah di kalangan ibu mengandung.

2. Peningkatan hormon Estrogen pada awal kehamilan.

3. Semasa hamil, deria rasa dan bau ibu menjadi lebih sensitif. Mungkin dengan sebab itu bau-bau yang biasanya ok sebelum ni menjadi satu bau yang tidak boleh diterima oleh ibu tersebut.

BAGAIMANA MENGATASI MORNING SICKNESS

1. Elakkan makanan berminyak dan pedas. Makanan berikut akan menyebabkan perut tidak selesa seterusnya menambahkan lagi rasa mual.
2. Elakkan makan dengan kuantiti yang banyak sekaligus. Makan sedikit-sedikit tapi boleh diambil secara kerap.
3. Hisap gula-gula halia/peppermint untuk hilangkan loya.
4. Bawak bekalan kudap-kudapan seperti biskut kering, kekacang untuk mengelakkan perut kosong dan masuk angin jika lambat makan.
5. Ambil vitamin B6 seperti B Complex Shaklee!.Baca sini untuk info lanjut kenapa perlunya B6.

Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

This Post Has 3 Comments

  1. Anonymous

    sya nk tanye skit Morning Sickness ni hanya waktu pagi saje yg berlaku??

  2. Unknown

    Sy hamil 6 minggu ank ptama.. Skrg dh mula rasa pening dan muntah2 tak kira waktu. Spanjang hr rasa mual dan pening. Seksanya. Huhu Slera makan hilang. Cuma mkn roti, jajan, asam dan gula2 peppermint. Nak makan nasi pun x bselera. Hanya berbaring je.. Kata org mabuk hamil ni akan hilang bila dh lepas minggu 12. Tak sanggup rasanya nk tnggu slama tu.. 🙁