Diabetes Mellitus semasa kehamilan (GDM)

Diabetes semasa kehamilan adalah sejenis penyakit
kencing manis (DM) atau diabetes yang dihadapi oleh wanita semasa mengandung. Lebih kurang 4%
wanita yang hamil dikesan mengidapi GDM. Ia biasanya dapat dikesan semasa bulan ke 6 atau ke 7
kehamilan (diantara minggu ke 28 dan minggu ke 34). Dan penyakit diabetes ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Punca berlakunya GDM
Perubahan hormon dalam badan (estrogen, kortisol, dan juga lactogen dalam uri) dan juga pertambahan berat badan semasa hamil adalah satu perkembangan yang sihat. Tetapi
kedua-dua perubahan ini menyebabkan badan mengalami ketidakcukupan hormon yang dipanggil
insulin, iaitu hormon pengawal gula dalam badan. Kekurangan hormon insulin mempengaruhi hormon
dalam plasenta, kadar gula dalam darah meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya diabetes
semasa kehamilan.

Faktor yang berkaitan dengan GDM:
ƒ *Obesiti atau kegemukan
ƒ *Ahli keluarga terdekat mengidapi penyakit DM
ƒ *Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (lebih dari 4 kg)
ƒ *Air ketumban yang berlebihan
ƒ *Wanita yang berumur 35 tahun keatas

Antara Risiko Yang Mungkin Dialami Oleh Ibu dan Kandungan

*Tekanan darah meningkat semasa mengandung
*Bayi bersaiz besar, berat melebihi 4 kg (macrosomia)
*Jangkitan kuman semasa mengandung
*Tahap gula dalam badan rendah
*Trauma kelahiran pada sluran bersalin
*Keseakan nafas selepas lahir
*Peluang bersalin secara cesarean adalah tinggi
*Sakit kuning (Jaundice) yang berpanjangan
*Risiko mengalami diabetes masa akan datang
*Kesukaran melahirkan anak (trauma kelahiran)

Bagaimana GDM dikesan:
GDM hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan darah. Pemeriksaan ini
digelar OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam.

Bagaimana rawatan terhadap Diabetes Milletus

Rawatan untuk Diabetes Milletus adalah lebih tertumpu kepada bagaimana untuk mengurangkan
kandungan glukosa dalam darah adalah sentiasa berada ditahap normal. Rawatan yang disarankan
Dalam kebanyakkan kes, GDM diuruskan atau dikendalikan dengan diet yang seimbang dan senaman
dan penyakit ini akan hilang setelah bayi dilahirkan. Amat sedikit wanita yang memerlukan insulin untuk menangani dan mengawal masalah diabetes seperti ini. Jika anda tetap mengambil suntikan insulin, ia akan memastikan glukosa darah berada dalam keadaan stabil, dimana akan mengurangkan kadar risiko terhadap anda dan anak yang dikandung termasuklah:
• Diet yang khusus
• Senaman
• Suntikan insulin

Berat Badan dan Pemakanan:
Makanan seimbang adalah kunci untuk kandungan yang sihat. Pemakanan yang disarankan kepada
adalah sama dengan semua wanita yang mengandung. Kadar penambahan berat badan akan
dikenalpasti berdasarkan berat badan sebelum mengandung. Seterusnya, kadar penambahan berat
badan semasa mengandung seharusnya sedikit dan tetap.
Kebanyakkan wanita memerlukan sebanyak tiga kali makan utama dan dua hingga tiga kali makanan
ringan. Ini akan memastikan satu bekalan glukosa cukup untuk pembesaran bayi. Sekurang-kurangnya 50% dari tenaga yang diambil datang dari karbohidrat, 20 peratus dari protin dan
bakinya 30% dari lemak.

Penambahan berat badan yang wajar semasa mengandung
• 1st trimester 0.5 hingga 1.0kg
• 2nd dan 3rd trimester 0.2 hingga 0.5 kg seminggu
(wanita yang mengalami berat badan berlebihan seharusnya mencapai penambahan kadar yang paling
rendah,dan wanita yang kurang berat badan harus mendapatkan kadar paling tinggi dalam penambahan
berat badan.

Senaman :
Senaman adalah cara terbaik untuk membantu memperbaiki kandungan gula dalam darah. Aktiviti
bersenam seperti berjalan kaki selepas pengambilan makanan atau pada waktu tertentu boleh membantu
mengawal kadar kandungan glukosa darah. Senaman juga amat penting untuk menyediakan diri untuk
melahirkan anak.

Risiko mengalami GDM bertambah jika seseorang ibu mempunyai:
• Keturunan keluarga kencing manis (ibu bapa atau abang dan kakak.)
• Mengidapi GDM pada kandungan sebelum ini
• Berlaku kecacatan pada kelahiran anak sebelum ini
• Obesiti atau kegemukan berlebihan
• Menjadi ibu pada usia matang(melebihi 35 tahun)
• Sejatah kejadian bayi meninggal dalam kandungan
• Pernah melahirkan bayi melebihi 4 kg
• Air ketumban yang berlebihan
• Mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung

sumber dari:
Kol (Dr) Hanifullah Khan

Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply