Posisi Tidur Ibu Mengandung

Apakah posisi tidur yang terbaik bagi ibu mengandung?
Ibu-ibu digalakkan untuk tidur dengan megiring ke sebelah kiri semasa tidur.

Kenapa ianya digalakkan?

1. Melancarkan saluran darah dan akan memberi kesan baik kepada bayi iaitu nutrien dapat disalurkan kepada placenta dengan lebih baik.

2. Baik untuk buah pinggang ibu. Dapat membantu menyingkirkan bahan-bahan buangan dari badan. Juga baik bagi ibu yang mengalami bengkak kaki sewaktu hamil.

3. Membantu mengurangkan tekanan pada hati. Organ hati kita adalah di sebelah kanan, dengan tidur mengiring ke kiri dapat melindungi hati dari tekanan.

Kenapa tidak digalakkan tidur terlentang?
Kerana ianya akan memberikan sepenuh tekanan pada tulang belakang, otot-otot dan juga saluran darah.
Bila tekanan berlebihan, ia akan boleh menyebabkan ibu rasa pening kerana tekanan darah yang rendah. Kadangkala ia juga boleh menyebabkan terjadinya buasir..

Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. eira

    sy lak slalu tdo mngiring sblh kanan xpe ke??