Kenali Jenis dan Warna Najis Bayi

Warna najis bayi berubah-ubah dan pelbagai jenis. Kenali jenis-jenisnya dan warna najis bayi supaya  mudah bagi ibu untuk bertindak jika ada yang tidak kena.

Newborn poo: Meconium

Bagi bayi yang baru lahir, najis pertamanya berbentuk sebegini, Ianya mengandungi amniotic fluid, mucus, skin cells, dan lain-lain bahan di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbau.

Warna ‘breastfeed poo’.
Bayi yang menyusu dengan susu ibu, wara najisnya adalah kekuningan seolah golden yellow. Dan ianya juga kurang berbau. Ada juga bayi yang menyusu badan mengalami najis yang agak kehijauan. Kebiasaannya disebabkan oleh bayi mendapat lebih foremilk iaitu susu di hadapan yang mana kandungannya adalah air dan protein yg rendah kalori. Bayi tidak sempat mendapatkan hindmilk iaitu susu yang mengandungi kangungan lemak.

 Formula milk poo:

Yang ni adalah najis bayi yang diberi susu formula. Najis adalah bewarna kuning pecat dan agak lebih besar dari najis bayi yang ‘breastfeed’. Ini kerana susu formula mengandungi molekul yang lebih besar dari susu ibu, dan sebab itu ianya agak susah dihadam oleh perut bayi. Baunya juga berbau agak kuat berbanding bayi yang diberi susu badan.

Iron fortified poo:
Contoh najis jika bayi diberi bahan yang mengandungi iron. Adalah normal jika bayi yang diberikan iron, najisnya akan berwarna kehitaman tetapi seger berjumpa doktor jika taida supplement iron diberikan tetapi najis bayi berwarna kehitaman.

Solid food poo:
Bayi yang diberi solid food akan mengalami perubahan najisnya seperti ini. Ianya berwarna seakan coklat dan agak berbau.

Poo with partially digested food:
Macam-macam ada dalam ni contohnya carrot hihi. Jangan risau bayi tidak apa-apa. Ini kerana makanan  yang dimakan tidak sempat hadam sepenuhnya kerana kadang-kadang bayi menyuap seberapa banyak makanan dalam mulut.
Cirit birit:
Najis jenis ini kerana bayi mengalami infection atau alergic pada sesuatu makanan. Bawa bayi berjumpa doktor jika keadaan berterusan.

Sembelit:
Bayi mengalami sembelit najisnya akan keras. Biasanya doktor akan cadangkan untuk mmberikan bayi jus atau air untuk mudahkan pembuangan najis bayi.

Najis yang mengandungi mukus:
Ini juga biasanya disebabkan oleh bayi alergic pada sesuatu ataupun mengalami infection. Bawa bayi ke hospitak jika ianya berlarutan.

Najis bercampur darah:
Jika najis normal bercampur darah, ada kemungkinan bayi mengalami alergi pada ‘milk protein’.
Jika sembelit bercampur darah,kemungkinan ada kecederaan pada anusnya.
Ianya kemungkinan juga ada jangkitan bakteria.

credit
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 —————————————————
Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply