Bengkak Susu, Clog Duct Memang Menyakitkan

Bengkak susu? Siapa ibu menyusu yang tidak pernah bengkak susu? Saya semasa dalam pantang selalu juga kena bengkak susu, tapi sekarang anak dah hampir 2 tahun jarang dah dapat bengkak susu. Tapi semalam memang adusssss, lagi sekali kena bengkak susu setelah sekian lama.

Semalam nak dijadikan cerita amik 2 biji alfalfa dan satu paket collagen. Kononnya nak jaga kulit supaya cantik, semasa raya bape hari dah terbabas terlupa nak makan. Konon nak kaver balik, ambil la kolagen dan alfalfa.
Malam tu dalam pukul 2 pagi terasa sangat-sangat sakit. Kenapakah? Ingatkan tercucuk besi kat situ tapi sakitnya Ya Rabbi. Baru perasan terkena bengkak susu. Adoi camana bleh jadi camni, teringatkan alfalfa dan collagen tadi. Ha memang sah!

Hari ni terpaksala paksa si kecik tu menyusu berulang-ulang kali untuk hilangkan rasa sakit ni. Nasib baik tak demam. Bagi sesiapa yang pernah rasa clog duct akan taula camana kan. Tapi yang bestnya bila kena ni, susu memang meriah mencurah-curah. Rezeki anak kan:)

collagen dan alfalfa

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply