Menerima kehadiran orang baru dalam keluarga pasti seronok dan menggembirakan. Namun tanpa kita sedar ada hati milik si kecil yang sedang cemburu dan merasakan kehadiran ‘orang baru’ itu bakal menggugat perhatian mama dan papa terhadapnya. Perlakuan cemburu terhadap adik baru pastinya pernah anda saksikan di dalam kalangan anak kecil. Cemburu memanglah positif kerana ia menandakan si manja telah berkembang dari segi mental. Namun jika dibiarkan berlarutan perasaan cemburu ini mungkin akan menimbulkan masalah kepada anak-anak terutama sekali bagi segi emosi.
Kesan cemburu
Apa sepatutnya dilakukan?
- Beritahu bakal akak atau abang tentang kehadiran adiknya tidak lama lagi sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil. Ajaklah anak berbual dengan adiknya di dalam kandungan. Langkah ini akan menyebabkan ia tidak ketinggalan dalam penantian kelahiran adiknya dan tahu kelak dia akan menjadi kakak atau abang.
- Cuba libatkan anak anda dalam membuat persediaan menyambut kelahiran adiknya. Sebagai contoh ketika membeli-belah barang keperluan seperti pakaian atau mainan. Berikan ia kebebasan memilih satu barang untuk bakal adiknya. Langkah ini akan menyebabkan dia berasa seronok, teruja dan berlagak seperti abang atau kakak.
- Terangkan padanya berulang-ulang kali bahawa adiknya nanti akan memerlukan banyak perhatian selepas dilahirkan. Sebagai contoh-“Nanti bila adik lahir, mama kena susukan adik sebab adik tak boleh makan dan minum macam Sara. Dia boleh minum susu mama sahaja. Dia tidak boleh mandi sendiri, tak boleh pakai baju sendiri. Jadi mama dan Sara kena tolong mandikan adik dan pakaikan baju. Bila adik dah besar macam Sara, adik dah boleh buat sendiri”.
- Elakkan mengubah rutin harian anak anda selepas kelahiran adiknya. Anda sepatutnya mengubahnya sedikit demi sedikit untuk mengelakkan dia rasa anda berubah selepas melahirkan adiknya lahir. Sebagai contoh dari segi pembahagian masa untuk mandi, siapa menemaninya makan atau mengajarnya mewarnai dan melukis mengambil alih tugas ibu. Cuba praktik jadual baru membaca dan menonton sekurang-kurangnya lima atau enam bulan sebelum adik baru menjengah dunia.
- Minta bantuan anak anda semasa anda menguruskan adiknya. Sebagai contoh minta bawakan lampin atau tisu lembap untuk menukarkan lampin adiknya. Ia akan membuatkan ia berasa seperti kakak atau abang yang boleh diharap dan boleh memupuk perasaan sayang kepada adiknya.
Apa yang perlu dielakkan?
- Memberitahu kehadiran adiknya nanti adalah sebagai teman bermainnya. Hal ini kerana tempoh hamil sangat panjang dan selepas kelahiran adik barunya hanya akan menyusu dan tidur sahaja, tidak akan menjadi teman sepermainannya sepantas itu.
- Melarang dia daripada menghampiri atau menyentuh adik kerana caranya yang agak kasar. Biasanya anak pada usia ini akan memeluk adiknya dengan terlalu kuat atau mencium dengan kerap. Tindakan ini menunjukkan ia sedang keliru dengan perasaan sendiri. Sebaik-baiknya tegur dengan cara yang baik dan ajar dia cara untuk menyentuh dengan cara yang lembut.
- Pada peringkat umur ini, anak akan mudah cemburu melihat orang lain mendapat perhatian. Ia ditunjukkan dengan pelbagai hal seperti mahu ibu memakaikan baju untuknya, mahu didukung seperti adik dan disuapkan ketika makan walhal dia sudah pandai melakukannya sendiri. Usah cepat melenting. Kawal emosi dan anggap anak anda sedang menyesuaikan diri dengan keadaaan baru.
- Mendukung adik baru ketika memperkenalkan kepadanya. Tindakan ini akan menyebabkan anak anda berasa terpinggir dan anda lebih menyayangi adiknya.
- Orang sekeliling lebih menumpukan perhatian kepada adiknya berbanding dirinya. Anda perlu meminta ahli keluarga atau rakan-rakan untuk tidak ketinggalan bercakap mengenai si kakak atau abang agar perhatian yang diberikan lebih seimbang.
Tahukah anda
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.