Kenapa Susu Badan Saya Berkurang?

Apa yang menyebabkan hasil pam berkurang?

tambah susu badan

1. Cuba check pam anda:

– adakah anda menggunakan pam yang sesuai?
– periksa berapa lama sudah umur pam? terutama bagi pam jenis elektrik.adakah sudah lebih setahun diguna atau sudah diguna melebihi tempoh warranty? Ada kemungkinan motornya juga telah rosak atau uzur.
– periksa balik mana-mana part pada pam itu yang perlu ditukar. Menggunakan part yang rosak atau sudah tidak boleh dipakai lagi akan menyebabkan output hasil pam berkurangan.

2. Memahami konsep Demand & Supply

– adakah kebelakangan ini anda mengurangkan atau tidak mengikuti jadual pam? Adakah bayi semakin kurang menyusu dan anda pun tidak kerap lagi direct feed bayi? Sudah tentu adalah normal jika susu berkurangan kerana susu badan mengikut konsep demand & supply iaitu bila ada permintaan, ada juga bekalan.
– Bayi sudah mulakan solid food. Oleh itu bayi akan kurang menyusu dan sudah tentu pola penyusuan berubah dan bayi hanya minum sedikit. Ini juga mempengaruhi hasil pam anda.

3. Mengambil ubat hormon

– adakah anda mengambil pil pencegah kehamilan? Tambah lagi yang mengandungi estrogen, ini akan mempengaruhi susu.
– adakah anda sudah menghampiri period?
– adakah anda mengandung?

4. Penjagaan diri si ibu

– ibu berdiet dan mengambil makanan yang rendah kalori.
– ibu semakin sibuk dan lupa untuk minum air secukupnya.
– ibu tidak cukup tidur dan tidak cukup rehat.
– stress
– adakah ibu sakit?

Oleh itu pastikan kita buat checklist ini dan anda akan tahu jawapannya kenapa susu semakin berkurang.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply