Memutihkan Kulit Bayi?

Adakah sesuatu yang saya boleh lakukan untuk memutihkan kulit bayi saya?

bayi shaklee



Tidak. Bayi-bayi dari semua bangsa dan kumpulan etnik dilahirkan dengan kulit yang agak putih dan kadangkala merah jambu. Kemerahan yang sedikit itu disebabkan saluran darah yang merah, yang kelihatan melalui kulit bayi anda yang amat nipis. Kebanyakan ibu-bapa menyangkakan yang warna merah jambu ini ialah warna kulit bayi mereka dan kecewa apabila kulit bayi bertukar atau menjadi lebih gelap dan menyerupai warna kulit sebenar dalam minggu-minggu berikutnya dan dalam tahun pertama. 

Setengah bayi kelihatan lebih gelap beberapa hari selepas dilahirkan sebab mereka kehilangan air dan sedikit berat badan pada mulanya, dan ini membuat kulit mereka kelihatan pucat. Namun begitu, kebanyakan bayi mendapatkan kembali warna kulit yang sihat (walaupun tidak semestinya putih) setelah pola makanan yang teratur dimantapkan. 

Kulit bayi baru lahir berbeza rupa mengikut jumlah minggu kehamilan anda semasa bayi dilahirkan. Bayi pramatang mempunyai kulit yang nipis dan jernih, dan mungkin disaluti lapisan lanugo, bulu yang halus dan lembut. Mereka juga mungkin diselaputi verniks, satu bahan yang putih berminyak yang melindungkan kulit daripada cecair amnion. Bayi penuh bulan dan bayi lewat bulan dilahirkan dengan hanya sedikit verniks dalam kelipat-kelipat kulit mereka. Bayi dilahir lewat juga mempunyai kulit yang agak berkedut dan amat sedikit lanugo atau tiada langsung.Bacalah dengan lebih lanjut tentang rupa bayi baru lahir. 

Dalam budaya di mana kulit putih dianggap cantik, ramai wanita hamil mengambil makanan tertentu dengan harapan sia-sia untuk melahirkan bayi yang putih. Satu contoh ialah memakan hanya makanan berwarna putih, seperti susu, dadih dan nasi. Satu lagi ialah meminum susu dan memakan makanan berwarna putih, sebaik saja bangun tidur. Satu lagi ialah meminum susu yang dicampur beberapa utas kumkuma dalamnya. Walau bagaimanapun, adalah penting diingati bahawa warna kulit bayi ditentukan oleh gen pada masa konsepsi dan bukan ditentukan oleh apa yang dimakan oleh anda! 

Dalam keluarga yang lebih tradisional, nenek dan mak cik mungkin menasihati ibu baru untuk mengurut bayi mereka dengan susu mentah, krim segar, tepung gandum lengkap dan adunan kunyit untuk mendapatkan kulit yang putih dan licin. Amalan ini elok dielakkan sebab susu mentah mengandungi pelbagai bakteria seperti E coli dan salmonela, selain menyebabkan diarea (cirit-birit), disenteri danTB. Krim segar membuatkan kulit berminyak, yang boleh mendatangkan ruam kulit. Juga, ciri kesat tepung gandum lengkap dan kunyit boleh menyebabkan alergi dan juga calar lebam. 

Ada ibu yang suka menyapukan banyak bedak di kulit bayi untuk membuat mereka putih – ini perbuatan sia-sia sahaja. Sebenarnya, bedak boleh membeku jika kulit basah dan menyebabkan iritasi dan ketidakselesaan. 

Dalam beberapa kes, warna kulit bayi boleh bertukar disebabkan faktor persekitaran atau kesihatan. Kulit bayi mungkin ternampak merah atau radang disebabkan suhu tinggi, atau bayi mungkin mendapat sedikit tanda-tanda kebiruan disebabkan cuaca sejuk, terutama sekali jika tangan dan kakinya terdedah. Setengah bayi menjadi biru atau ungu disebabkan menangis keterlaluan. Walau bagaimanapun, jika kesan biru itu tidak hilang setelah tangisan bayi berakhir, atau jika bayi anda mempunyai kesan biru di seluruh badannya yang tidak reda selepas beberapa hari, ini mungkin tanda sesuatu masalah pernafasan atau peredaran darah. Beritahu doktor anda dengan segera. 

Kadangkala bayi mendapat ruam kulit dan tanda lahir yang memerlukan pemeriksaan lanjut. 

Adalah penting bagi kita memahami bahawa seseorang itu cantik sebab apa dianya dan apa yang dilakukannya – bukan sebab paras rupa atau warna kulit. 

credit to babycenter


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply