Tips Menyusukan Di Khalayak Ramai

Ada kalangan ibu-ibu yang menyusukan berasa tidak selesa bila menyusu di khalayak ramai. Namun harus diingat kita bukan buat SALAH. Malah patut berasa bangga kerana komitmen yang tinggi untuk keperluan bayi yang tidak semua orang mampu membuatnya.

breastfeeding in public

Untuk lebih konfiden menyusukan di kkhalayak ramai, ini ada beberapa TIPS yang mungkin berguna bagi anda.

1. Pakailah ‘nursing wear‘ . Dengan baju menyusu senang anda susukan bayi tanpa bimbang perlu menyelak bahagian yang tidak sepatutnya dilihat.

2. Pakai “blanket” yg sesuai untuk menutup bahagian tersebut semasa menyusukan bayi. Setengah bayi mungkin tidak berasa selesa atau kemungkinan berasa panas, namun anda boleh mencuba dan lihat keseuaian bayi anda.

3. Pakai “sling wear” atau “carrier“. Yang ni juga memudahkan kita menyusukan secara tertutup.

4. Carilah bilik-bilik khas untuk menyusukan, sekarang ini saya percaya sudah banyak tempat terutamanya shopping mall yang menyediakan tempat khas. Cara ini paling selesa kerana kita merasa lebih konfident dan selamat.

Sebelum tu mesti diingat, susukan bayi bila bayi ada tanda-tanda sudah lapar, jangan biarkan bayi terlalu lapar dan mungkin bayi akan jadi cerewet dan meragam, yang mana akan membuatkan anda susah sedikit untuk mendapat keselesaan. Sebagai ibu sudah tentu anda tahu petanda bayi anda lapar, dengan itu cepat-cepatlah buat persediaan.

Berbanggalah menjadi seorang ibu yang bila-bila masa sedia beri komitmen yang tidak berbelah bagi. Buktikan di mana ada kemahuan, ke mana sahaja anda pergi, bukan alasan untuk tidak menyusukan bayi. Tanya hati, tepuk dada, tanya selera. Happy breastfeeding!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply