Nutriferon Dan Teh Pekat Penyelamat Muntah Cirit Birit

Alhamdulillah pagi ini rasa gembira sangat sebab anak lelakiku yang berusia 2 tahun telah sembuh. Hari minggu yang lepas kami pulang ke kampung dan balik shj dari kampung, terus anakku kena cirit birit dan muntah-muntah. Bagi aje susu memang akan muntah, jadi kami ambil keputusan stop kan dulu susu hanya bagi air ribena sahaja. Makan pun tidak mahu, sampai terasa ringan sudah tubuhnya. Risau yang amat sebenarnya dalam hati tuhan saja yang tahu.

Hari selasa saya membawanya ke klinik dan biasalah doktor ada bagi ubat tahan muntah, ubat cirit dan ubat kembung. Ubat memang bagi ikut jadual tapi nampaknya tiada kesan yang positif. Aqeef masih lagi muntah setiap kali masuk makanan. Nasi memang tidak sentuh, cuma roti ada dia makan sikit-sikit. Itulah menampung perutnya yang kelihatan semakin leper. Saya masih berharap kemungkinan Rabu itu iaitu semalam keadaan semakin pulih.

Namun semalam (Rabu) keadaan masih tidak berubah. Kalau pergi hospital sah-sah kena masuk air ni. Rasa tidak sampai hati pulak kalau boleh ingin usahakan cara lain dahulu. Jadi masa semalam iaitu Rabu tu saya teringat hendak bagi nutriferon. Nutriferon ni adalah supplemen untuk kuatkan antibodi. Walaupun Aqeef tidak alami demam tapi badannya panas. jadi saya bagi je nutriferon dengan harapan antibodi dia lebih kuat dan dapat lawan jangkitan kuman dalam perut yang buatkan dia muntah-muntah dan cirit itu. Tapi saya bagi sedikit sahaja tidak sampai suku sachet pun sebab dalam keadaan begitu Aqeef jadi sangat cerewet. Kalau kebiasaannya nutriferon itu ditelannya selamba sahaja.

Memandangkan siang hari itu keadaan masih sama, saya menunggu suami pulang dari kerja dan berhasrat ingin membawanya ke klinik lagi sekali. Bila suami pulang, sementara kami makan malam, saya tiba-tiba teringatkan teh pekat petua orang tua yang boleh diberikan untuk merwata sakit perut dan muntah-muntah. Sebelum itu saya teringatkan orang kata daun pucuk jambu juga boleh merawat cirit ini tetapi mana hendak cari daun jambu malam-malam ni. Jadi saya dengan tawakal dan harapan terus bancuh teh pekat itu. Sementara menunggu teh pekat itu sejuk, saya dan suami memulakan proses “memaksa” Aqeef menghabiskan satu sachet Nutriferon. Mungkin dalam keadaaan sekarang yang keadaan semakin teruk, satu sachet adalah memadai dengan dia. Jadi habislah satu sachet ditelannya.

Selepas itu sesi “memaksa” Aqeef mengambil teh pekat pula. Untuk memudahkan acara, saya masukkan teh peat tu ke dalam “shringe” atau picagari dan beri minum. Memang selepas itu terus muntah bagai, tapi lepas muntah, saya bagi lagi teh pekat yang masih bersisa itu. Selepas itu saya susukan Aqeef ( dia masih menyusu badan) sambil berbaring di katil dan bacakan Al Fatihah dan hembuskan ke tubuhnya dengan harapan dia cepat pulih. Hati sangat risau sebab sebelum itu baru mendapat perkhabaran yang jiran seorang rakan baik saya telah meninggal akibat virus kencing tikus, nauzubillah.

Alhamdulillah malam tadi Aqeef tidur dengan nyenyaknya dan malam tadi bila dia minta susu, tidak lagi muntah seperti sebelum ini. Bersyukur sangat sebab Allah mendengar Doa ku dan juga bagi ilham untuk atasi masalah ini. Pagi ini pun sudah menyusu pagi-pagi lagi dan sekarang tengah tengok u tube cerita Ultraman di handphone ku. Ceria rasanya hari ini, moga-moga perkongsian ini boleh beri manfaat pada semua.
Syukur kerana lain kali saya sudah tahu apa yang boleh bantu di saat-saat sukar ini. Nutriferon pastinya jadi item wajib dalam setiap rumah. Dan juga pastinya teh tetap menjadi pujaan:)

nutriferon untuk antibodi

Gembiranya! Aqeef tengah makan roti sekarang. Bye jumpa lagi!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply