Tips Menambahkan Berat Badan Bayi

Rahsia Menambahkan Berat Badan Bayi:

Ibu-ibu pasti risau jika berat badan bayi anda susah hendak naik kan. Malah ada yang semakin turun beratnya, oh sesuatu mesti dilakukan. Ianya tidak normal kalau begitu. Di sini saya ingin kongsikan tips untuk menaikkan berat bayi anda yang mana mungkin boleh membantu.

Jangan berikan solid food pada bayi yang umurnya kurang dari 6 bulan

  • sesetengah solid food mungkin kurang kalori dan khasiat berbanding susu ibu. Maka yakinlah dengan susu ibu sepenuhnya sahaja akan membantu pertambahan berat si anak. Jangan terlalu ghairah ingin bayi cepat besar, maka disumbat dengan pelbagai makanan sebelum usia 6 bulan dengan harapan bayi akan cepat membesar.
pemakanan awal bayi

Tidur berdekatan dengan bayi anda
  • Amalkan tidur bersama bayi dan sentiasa dekatnya boleh membantu mempercepat peningkatan berat badannya.
tidur bersama bayi

Mengurut bayi
  • Ianya diakui dapat memperbaiki sistem penghadamannya seterusnya  mempertingkat pertumbuhan.
teknik mengurut bayi

Gendong bayi dengan “baby carrier”
  • Sentuhan kulit ke kulit sepanjang masa antara ibu dan bayi akan membantu bayi mendapatkan perkembangan yang lebih cepat.
gendung bayi

Kerapkan Menyusu
  • Susui bayi anda sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Semakin kerap menyusu maka semakin tinggi peluang untuk cepat naik berat badannya.
tips menyusu badan

Beri masa bayi habiskan penyusuan
  • Berikan bayi menyusu sampai habis payudara sebelah sebelum diberikan payudara sebelah lagi. Ini penting untuk bayi mendapatkan “hindmilk” iaitu susu yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Jika belum sempat habis bayi menyusu dan kita tidak sabar-sabar menukarkan dengan payudara sebelah lagi kemungkinan bayi hanya mendapat “foremilk” sahaja.
Perahkan sedikit susu sebelum menyusu
  • Sebelum susukan bayi, anda boleh pam atau perah sedikit susu badan anda. Ini untuk membuang dahulu “foremilk” dan bayi akan mendapat lebih banyak khasiat “hindmilk” yang mengandungi banyak kalori dan lemak.
Pam selepas Menyusu
  • Ibu boleh pam susu badan selepas selesai sesi menyusu. Bila pam saat ini, kita akan dapat banyak “hindmilk“. “Hindmilk” yang kaya dengan lemak dan kalori ini boleh kita berikan pada bayi.
tips pam susu

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply