Vitamin Shaklee Semasa Hamil Dan Berpantang

Tatkala mengetahu diri hamil, rasa dunia ini aku yang punya. Syukur, alhamdulillah. Semua pasangan yang berkahwin pasti idamkan cahayamata, buat penyambung legasi akan datang. Betapa bahagia tatkala ujian kehamilan dibuat. Yes! Hamil akhirnya.

cara tingkatkan kesuburan


Bila sudah sah hamil maka bermulalah episod baru dalam hidup seorang wanita. Merasakan perut yang semakin membesar, malah lebih dari itu dapat merasakan pergerakan bayi dalam perut. Sungguh indah saat itu, rasa hendak hamil lagi pun ada hihiii. 

Maka si ibu mula sibuk mencari vitamin dan makanan yang bagus untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Semasa proses checkup di hospital juga biasanya masa ini doktor akan bekalkan ibu obimin, kalsium dan asid folik. Proses dilalui semakin mencabar tetapi mengujakan.

Vitamin terbaik semasa hamil? Sudah tentu kita inginkan yang terbaik, tambah lagi sebolehnya kalau ada yang semulajadi, pasti ingin memilih yang semulajadi kan. Sama juga macam beli sayuran, kalau sayuran biasa berbanding sayur organik, pilihan adalah pada organik jika kita tahu kepentingannya.

Semasa hamil, khasiat dalam pemakanan harian sangatlah penting. Tanpa penjagaan yang sempurna, maka dikhuatiri kita akan mendapat kesan yang tidak diingini suatu masa nanti.

KENAPA NUTRISI PENTING SEMASA HAMIL?

  • Sudah pasti sebab utama adalah kesihatan ibu. Proses mengandung/hamil memberi banyak perubahan fisiologi kepada ibu. Maka amat penting ibu menjaga kesihatan sendiri supaya proses kehamilan berjalan lancar dan ibu boleh cergas dalam menjalankan urusan harian.
  • Nutrisi yang bagus semasa hamil boleh membantu perkembangan bayi yang sihat.
  • Membantu proses kelahiran tanpa komplikasi.
  • Membantu pemulihan semasa berpantang dengan lebih cepat.
Maka adakah vitamin atau supplemen yang terbaik boleh dicadangkan?Ye saya memang mengesyorkan set semasa hamil ini kerana kandungan zatnya yang lengkap, tidak perlu lagi pening memilih samada cukup nutrien atau tidak. Kerana dirimu begitu istimewa:)

Ok, bilamana nutrien dijaga sebetulnya semasa hamil, maka ibu pasti inginkan yang terbaik semasa proses berpantang kan? Apatah lagi bagi ibu yang menyusu badan, proses yang istimewa namun banyak menuntut pengorbanan dan kesihatan ibu perlu di tahap terbaik. Maka masa inilah perlunya mengambil vitamin-vitamin yang boleh melengkapkan proses penjagaan semasa dalam pantang.

KENAPA NUTRISI PENTING SEMASA BERPANTANG?

  • Membantu mempercepatkan proses pemulihan. Ibu yang mengalami proses bersalin akan mengalami penyusutan nutrien dalam badan kerana proses bersalin memerlukan tenaga yang bukan sedikit. 
  • Membantu dalam proses pengeluaran susu. Ini sangat penting bagi ibu terutamanya yang menyusu badan. Bayi perlukan nutrien dari susu ibu, maka ibu juga harus mempertingkatkan nutrien dalam pemakanan harian.
  • Bila ibu sihat dan cergas, maka bayi juga kurang dijangkiti penyakit. Sistem imun ibu yang kuat boleh memelihara kesihatan bayi juga.
  • Membantu meningkatkan kesihatan ibu. Maklumlah dalam pantang macam-macam hal yang biasa berlaku seperti sakit pinggang, sakit bahu, sengal-sengal badan. Maka perlunya nutrisi lengkap di sini untuk membantu kesihatan optimum pada ibu.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply