Kisah Vitamin C Chewable


Vitamin C Chewable pun ada kisah jugak ke? Tak kisahlah kan, cuma harini rasa nak kongsi cerita kelakar. Malam tadi macam biasalah orang paling lewat tidur sudah semestinya insan yang bernama mama.

chewable c for child



Sebelum tu kita flashback dulu sedikit sebanyak perihal vitamin c chewable ni. Anak-anak saya memang suka kunyah vitamin c chewable setiap hari. Kalau yang si adik berusia 2 tahun tu harus disorok, kalau tak mau sebotol dia telan. Sedap katanya. Memang sedap pun rasa masam-masam manis, kita yang dewasa ni pun suka. Satu kelebihan pada sesiapa dewasa yang tidak suka telan vitamin, inilah alternatifnya, ambil sahaja vitamin c chewable abih cerita. Kunyah je apa masalah kan. lagipun kandungannya sama sebijik macam yang vitamin c dewasa. Apa peliknya, yang vitamin c dewasa kena telan, yang vitamin c chewable kena kunyah.

Berbalik kepada cerita tadi, dalam pukul 3 pagi camtu anak saya yang berumur 2 tahun tu tetiba bangun. Nak bagi susu taknak, puas pujuk akhirnya jawapannya “nak C”. C tu adalah panggilan manja dia pada Vitamin C Chewable ni la. Hai mengigau ke anak aku ni malama-malam mintak vitamin c. Kang tak bagi kang lain pulak jadinya pagi-pagi buta. Jadi bawaklah dia pegi ambil Vitamin C Chewable dalam peti ais (kebanyakan vitamin kami simpan dalam peti ais untuk kekalkan kesegaran).

Maka kunyahlah anakku ni atas katil. Haa puas hati nampak. Dah makan vitamin jadi bertenaga la pulak. Mintak nak tengok Ultraman pulak. Adui dahla pukul berapa dah ni, mama belum tidur ni. Mau esok jadi mata panda. Takpela anak, layan jer. Semalam tu rasa nak snap gambar tapi bateri handphone kehabisan pulak. Kalau tak korang pasti dah boleh saksikan aksinya makan vitamin ditemani ultraman.

Ibu-ibu kalau nak cari vitamin C chewable, saya sangat syorkan ambil Vitamin C Chewable Shaklee ni sebab ianya 100% semulajadi, dari buah sebenar, bukan dari sintetik ye. Maka tidak payah risau sebab yang  semulajadi adalah paling baik diserap badan. Dari bagi anak kunyah gula-gula, bekalkan vitamin c jadi kunyahan harian mereka. Tulang, gigi dan gusi pun sihat.


vitamin c kanak-kanak



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This Post Has 2 Comments

  1. babYpose

    Salam, anak saya 3 tahun, sy bg multivitamin selang sahri, seelok vitamin C ke? Bila ambis nanti nak bg vitamin c plak 🙂

  2. babYpose

    memang pandai minta c, baru 2 tahun ya dear Alhamdulillah 🙂