Apakah Ia Cecair Amnion?

Pada masa lampau, ia selalu dikaitkan bahawa air di sekitar (cecair amnion) adalah sumber nutrien untuk bayi. Walaubagaimaapun, dengan kemajuan pengetahuan perubatan, kita semakin tahu tentang cecair “misteri” ini.

amniotic fluid



Apakah Fungsi Utama Cecair Amnion

Cecair amnion berfungsi mengawal suhu persekitaran agar bayi “berenang” di dalam persekitaran yang stabil yang mana tidak terlalu sejuk atau panas.

ia menyediakan satu keadaan yang selamat untuk bayi berenang, bergerak dan membesar. Sebarang kejutan, hentakan atau tekanan pada perut ibu akan ditahan oleh air ini agar bayi tidak berasa sebarang trauma. Ia juga adalah penting bagi perkembangan paru-paru bayi, malah ia mempunyai kelebihan antibakteria.

Apa yang paling penting adalah jumla cecair amnion itu kerana ia mencerminkan status kesihatan bayi dan juga hasil perinatal.

Apakah Sebenarnya Cecair Amnion?


amnion

Kaviti amnion adalah kawasan yang tertutup sehingga apabila membran pecah secara semulajadi apabila melewati terma kelahiran atau dipecahkan oleh doktor.

Pada awal kehamilan, ketika bayi belum mula menghasilkan air kencing, kandungan cecair amnion yang signifikan akan wujud. Pengangkutan mineral dan bahan larut yang aktif oleh membran akan menyebabkan pergerakan pasif cecair melintasi membran ke dalam kaviti amnion.

Pada lewat kehamilan, penghasilan air kencing bayi dan pergerakan penelanan mengekalkan isipadu cecair amnion. Isipadu keseluruhan cecair amnion akan mengalami pusing ganti kra-kira sehari pada lewat kehamilan. Dalam erti kata lain, keseuruahn kantung kaviti amnion dibaharui kandungan airnya setiap hari!

Apakah Isipadu Normal Cecair Amnion?

Air akan berterusan meningkat pada trimester pertama dan kedua iaitu kira-kira 200ml pada minggu ke 16 kehamilan dan memuncak pada kadar 1000ml ketika minggu ke 32 hingga minggu 34 kehamilan. Selepas itu, ia akan mula menurun pada kadar 150ml setiap minggu.

Apakah Isipadu Air Yang Tidak Normal?

Pada minggu ke 32 hingga ke 36, isipadu air yang melebihi 1500ml hingga 2000ml dikatakan terlalu tinggi dan tidak normal. Ia dipanggil polyhydramnios. Walaubagaimanapun, isipadu air kurang daripada 5000ml dikatakan tidak normal dan sangat kurang yang mana dinamakan oligohydramnios.

Apakah Maknanya Isipadu Air Yang Tidak Normal?

Kedua-dua polyhydramnios adan oligohydramnios dikaitkan dengan kecacatan bentuk atau ketidaknormalan bayi serta hasil bertentangan suatu kehamilan.

Kira-kira setengah daripada kehamilan yang diperhatikan yang mempunyai polyhydramnios pada trimsester kedua akan terlerai secara spontan dan akan mengalami kehamilan yang normal.

Walaubagaimanapun, oligohydramnios lebih serius dan biasanya tidak akan terlerai secara spontan. Ia selalunya dikaitkan dengan hasil perinatal bayi yang tidak baik.

Bila Bayi Mula Membuang Air Kecil Dalam Rahim Seorang Wanita?

bayi dikenalpasti menghasilkan air kencing seawal usia 8 hingga 11 minggu kehamilan. Air kencing adalah sumber utama cecair amnion. Ia menunjukkan yang bayi menghasilkan air kencing mengikut kadar perkembangan kehamilan. pada minggu ke 25 kehamilan, penghasilan air kencing adalah 110ml per kg berat tubuh dalam masa 24 jam. Pada minggu ke 39, kadar ini hampir berganda menjadi 190ml per kg berta tubuh dalam masa 24 jam. Di dalam terma kehamilan, penghasilan harian air kencing adalah pada kadar maksima iaitu pada 500ml hingga 600ml sehari. Selepas hari jangkaan bersalin, air kencing kurang dhasilkan agar isipadu cecair amnion dikurangkan semasa kehamilan yang berlanjutan (overdued pregnancy).

pregnancy


Bagaiaman Pula Dengan Pergerakan Penelanan Bayi Di Dalam Uterus?

Bayi mula menelan hampir secara spontan apanila dia mula membuang air kecil pada minggu ke 8 hingga 11. Ia dilaporkan bahawa pada lewat kehamilan, bayi boleh menelan 200ml hingga 1500ml cecair amnio sehari!

Adakah Benar Bahawa Kulit Bayi Juga “Meniris” Untuk Menghasilkan Air Di Dalam Kaviti Amnion?

Ya, sememangnya di dalam separuh masa pertama kehamilan, kulit bayi adalah sangat mudah diresapi yang mana ia membolehkan pengangkutan air ke dalam kaviti amnion. Kemudian, daripada kira-kira minggu ke 24 kehamilan, lapisan kulit mula menebal (keratinize) dan menutupi saluran air tersebut. Ini juga menunjukkan mengapa ramai bayi pra matang kehilangan lebih banyak isipadu air yang penting melalui kulit berbanding dengan bayi matang selepas kelahiran.

Bagaimana Kita Menilai Jumlah Air Di Sekeliling Bayi Kita?
Kita boleh menilai air melalui cara subjektif dan objektif. Jika dengan memegang dan memeriksa abdomen ibu, semua bahagian dan anggota tubuh bayi dapat dirasai dengan jelas. Ini dinamakan kaedah objektif. Cara terbaik untuk menentukan paras air adalah dengan mengugunakan ujian imbasan ultra bunyi.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Doktor Memberitahu Saya Yang Air Di Sekeliling Bayi Saya Tidak Normal?

Anda berkemungkinan memerlukan penilaian yang terperinci dan lebih berhati-hati terhadap kehamilan anda dan bayi oleh seorang pakar. Banyak implikasi dan siasatan harus dilakukan untuk mengetahui status bayi anda. barulah satu rancangan pengurusan dapat dibuat.

Sumber dari Majalah Mami Baby

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply