Indahnya Menjadi Ibu Yang Bekerja Dari Rumah (WAHM)

 

Di hari minggu yang sangat best ini rasa nak kongsi cerita sendiri pula ye. Biasa baca-baca info kesihatan dan penyusuan sahaja, harini ingin lebih santai. Nak kongsi dengan anda semua yang semua wanita pasti boleh buat jika berkehendak.

Saya seorang wanita, isteri dan ibu kepada 2 cahayamata. Dan sekarang saya baru sahaja memulakan tugas atau portfolio baru iaitu memegang title ibu yang bekerja dari rumah. Seronok? Jangan kata seronok, rasa mahu melompat pun ada, hahahha over gitu. Sebelum ini saya memang seorang ibu yang bekerja, tetapi setelah hampir 2 tahun terlibat dalam perniagaan online, saya rasa sudah sampai masanya untuk saya membuat perkara yang saya suka dan dekat di hati saya iaitu menjadi surirumah, dapat jaga anak-anak dengan tangan sendiri, dapat jaga keluarga, hari-hari boleh jamu keluarga dengan air tangan sendiri, masa yang sangat fleksibel dan sudah tentu adanya pendapatan sendiri walaupun hanya bergelar surirumah.

santai-santai berlibur hari minggu



Kalau dahulu meninggalkan kerjaya atau erti kata lain berhenti kerja tiada dalam kamus hidup saya kerana saya belum bertemu dengan bisnes yang betul. Sebelum ini pun minat saya memang ke arah bisnes. Inagt lagi masa sekolah rendah, saya menjual tisu yang berharga 20 sen satu tu pada kawan-kawan. Suruh mak beli, lepas tu saya jual kat sekolah. Banyak cantik! Tapi itulah permulaannya, minat dengan bisnes walau kecil kecilan masa tu. Selepas itu bila sudah bekerja saya pernah cuba-cuba menjual tudung, toto, jubah, baju, macam-macam lagi. Tapi semuanya mungkin tidak kena dengan jiwa saya yang sebenar. Saya sukakan benda-benda atau bisnes yang berkaitan dengan bayi atau parenting. Dan bisnes dalam bidang keperluan bayi memang sangat menjadi minat saya.

kakak



Tapi Allah itu Maha Adil, Dia berikan kita perkara yang kita tidak nampak. Saya bertemu dengan bisnes Shaklee ini semasa menyusukan anak yang kedua. Semasa pantang saya menhgadapi masalah dengan susu. Susu badan dirasakan tidak cukup! Maka saya cari alternatif dan jumpalah dengan Shaklee yang sangat membantu saya dalam meneruskan penyusuan saya yang sudah lebih 2 tahun ini. Anak saya yang berusia 2 tahun 4 bulan masih lagi menyusu badan. Rasa bersyukur sangat sebab kali ini dapat berjaya dalam penyusuan dan rahmat lagi satu adalah dikurniakan bisnes Shaklee ini.

Impian semua wanita rasanya ingin duduk rumah, jaga anak-anak dan keluarga betul tak? Dan saya yakin ramai wanita yang berhati waja, walau terpaksa tinggalkan anak demi mencari rezeki. Namun sekarang semua itu adalah memori yang terindah dalam hidup saya. Namun kenyataan sekarang lagi membahagiakan hidup saya. Moga Allah sentiasa meredhai jalan yang saya pilih ini dan terus berikan rezekinya melalui bisnes ini. 

inilah cahayamata penyejuk jiwaku



Bagi yang teringin nak buat bisnes tapi tidak tahu caranya atau tidak pandai, jangan rasa rendah diri kerana saya juga terglong dalam golongan itu satu masa dulu. Tapi berbekal minat, semuanya boleh dilakukan dengan syarat kita mempunyai niat yang betul.

Ingin menjana pendapatan 5 angka? Hubungi saya:) Bye, nak keluar jalan-jalan ni. Nanti kita sambung di episod akan datang. Daaaaaaa

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

This Post Has 6 Comments

  1. Unknown

    beshhh. i can feel that 🙂

    htpp://irsyahealthyhouse.blogspot.com

  2. Noor Hasimah

    Saya adalah salah seorang ibu yang ingin bekerja dari rumah, kak anum, tolong lah beri tunjuk ajar!!! ku ingin berguru dengan mu!