Makanan Untuk Perkembanagn Otak Janin


Perkembangan otak janin (bayi dalam kandungan) anda bermula pada minggu kedua kehamilan dan berterusan hingga minggu terakhir kehamilan. Semasa proses ini, pemakanan ibu memberi kesan ketara terhadap pertumbuhan janin, yang menentukan keupayaan minda dan kognitif. Ketahui bagaimana ibu boleh membantu untuk perkembangan otak janin dengan mengamalkan diet yang merangkumi makanan berkhasiat dan kaya dengan nutrien.

bayi dalam kandungan



DHA

DHA adalah tergolong dalam kategori asid lemak omega 3 yang mana sangat dikenali sebagai sumber utama untuk otak yang cerdik. Manfaatnya adalah terlibat dalam pembentukan tisu otak dan penebatan neron. Sumber DHA boleh didapati dalam ikan beriklim sejuk seperti salmon, makanan yang diperkuat dan makanan tambahan. 

dha untuk ibu hamil



KOLINA

Kolina memainkan peranan dalam DNA dan penebatan saraf. Ia boleh membaiki daya ingatan dan meningkatkan keupayaan kognitif. Sumber kolina adalah dari telur, germa gandum, kacang soya, susu, kacang tanah, kubis dan bunga kubis.

kolina dari telur



ASID LEMAK OMEGA 3

Diperlukan untuk perkembangan membran sel dan fungsi fisiologi otak. Sumbernya seperti ikan tuna, salmon dan sudah tentu Omega Guard!

omega guard DHA



ASID LEMAK OMEGA 6

Bertindak sebagai pelopor kepada sekumpulan hormon yang memainkan peranan dalam pembangunan fungsi penting dalam otak. Sumber omega 6 adalah dari biji bunga matahari, minyak bijian, jagung, biji labu, bijan, kekacang, daging dan produk tenusu.

ZAT BESI

Penting dalam pembentukan isyarat saraf dalam otak, penebatan saraf dan tenaga. Ia boleh didapati dari daging, kuning telur, sayuran berdaun hijau.

ASID FOLIK

Asid folik membantu pertumbuhan tiub neural janin dan juga membantu mencegah spina bifida, satu keadaan di mana saraf tunjang terkeluar melalui bukaan di bahagian belakang. Sumber asid folika dalah dari bayam, kacang tanah, biji matahari, avokado dan emping jagung.

Kesemua zat-zat tersebut adalah sangat ideal dan amat diperlukan oleh ibu semasa hamil. Jangan ambil mudah, sayangi janin anda dan jagailah ia selama 9 bulan kandungan untuk memastikan bayi anda mendapat zat yang terbaik nanti.

Kesemua zat tersebut adalah mudah didapati dalam CADANGAN SET IBU HAMIL SHAKLEE. Set ini boleh anda ambil bermula dari mengetahui anda mengandung seterusnya hingga anda melahirkan.

set ibu hamil shaklee


Untuk mengetahui detail lanjut berkenaan dengan supplement ini, boleh klik di sini. Pastinya hanya sumber semulajadi tanpa sebarang bahan pengawet atau bahan kimia dan selamat untuk anda dan juga kandungan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply