Kemurungan Selepas Melahirkan (Meroyan)


Murung Selepas Bersalin

Pernah dengar tak gila meroyan? Ianya berlaku terutamanya semasa ibu melalui tempoh berpantang. Semasa ini emosi ibu tidak stabil, dengan keadaan diri yang lemah dan masih sakit, ditambah persekitaran baru iaitu mendapat baby dan merasakan tumpuan perlu sepenuhnya pada bayi yang baru dilahirkan. Akibat stress dan juga tiada bantuan atau sokongan orang tersayang, meroyan ini boleh berlaku.

murung selepas bersalin



Meroyan ini atau bahasa sainsnya “Postpatrum Depression” ialah satu perubahan emosi, fizikal atau perlakuan yang berlaku pada ibu selepas melahirkan. Biasanya ia paling kerap dikenalpasti semasa empat minggu pertama selepas kelahiran.

Apakah itu Meroyan (postpartum depression) ?

Meroyan ini berkait rapat dengan kimia, sosial dan psikologi seseorang ibu yang berubah setelah kehadiran bayi. 

Hormon mengalami penurunan mendadak selepas bersalin. Hormon estrogen dan progesteron ini mengalami penurunan selepas ibu melahirkan. Ini juga adalah salah satu faktor yang berkait rapat yang boleh menyebabkan emosi bu tidak stabil.

Perubahan social dan psikologi juga berubah setelah kelahiran bayi. Situasi pertama kali mendapat bayi juga menambahkan lagi tekanan pada ibu yang kebiasaannya inginkan yang terbaik untuk bayi tetapi mungkin tidak mampu membuatnya sendiri melainkan terpaksa dibantu orang terdekat. Jika tiada sokongan dari segi emosi dan fizikal ini, maka meroyan mudah terjadi.

atasi meroyan dengan gla complex


Tanda-Tanda Meroyan (postpartum depression)

  • Keletihan yang melampau
  • mood yang sentiasa berubah setiap masa
  • berasa sedih, marah, dalam masa yang sama
  • tidak cukup tidur
Tanda yang lebih kronik adalah si pesakit akan berasakan diri sendiri tidak berguna, rasa bersalah yang amat,rasa tiada harapan, rasa tiada orang yang dapat membantu atau lebih buruk adalah ingin membunuh diri.

tekana selepas bersalin


Cara Untuk Elakkan Meroyan (postpartum depression)

  • minta bantuan orang lain. Jangan fikir inginkan kesempurnaan dan semua ingin dibuat sendiri. Boleh minta bantuan orang yang terdekat untuk membantu kita menguruskan bayi semasa tempoh berpantang.
  • Buat sedikit senaman, berjalan di sekitar rumah, tengok pemandangan luar, jangan terperap sahaja di dalam bilik, ia buatkan anda berasa tertekan.
  • Amalkan diet yang seimbang dalam pemakanan harian.
  • Eratkan hubungan dengan pasangan. Bagi si suami, masa ini belai dan layanlah isteri anda sebaiknya.
  • Tidur bila bayi anda tidur untuk mengelakkan keletihan melampau.
Yang jelasnya meroyan ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja dan sudah pasti susah untuk dijangka. Perubahan hormon yang sangat berbeza semasa hamil dan selepas melahirkan membuatkan emosi juga terganggu. Sebab itu untuk ibu berpantang, Shaklee juga ada menawarkan supplement yang bagus untuk menjaga keseimbangan hormon. GLA Complex boleh membantu mengawal keseimbangan hormon anda dan juga ia salah satu cara untuk menghindarkan dari terkena meroyan. Mengelak lebih baik dari mengubat setelah ianya terjadi. Pastikan anda menjadikan GLA Complex adalah item wajib dalam set berpantang anda:)

gla complex shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply