Mungkinkah Susu Ibu Basi?

Susu Ibu Basi?

Ada yang bertanya kepada saya adakah susu ibu juga boleh basi? Yelah kalau susu tepung kita tau yang ianya boleh jadi basi, tambahan lagi jika terdedah lama berjam-jam. Adakah keadaan yang sama juga boleh berlaku pada susu ibu?

stale milk



Susu ibu tidak pernah basi. Ya! Itulah hakikatnya. Kerana susu ibu sangat-sangat istimewa. Susu ibu tidak basi tetapi boleh tercemar dengan keadaan persekitaran dan juga penyediaan yang tidak bersih. Dan susu ibu takkan bertukar rupa menjadi seperti di atas walaupun sudah tercemar.

Benarkah susu ibu boleh basi? Tidak kerana susu ibu mengandungi sel-sel hidup yang amat berbeza dari susu tepung. “Susu Basi” adalah satu mitos. Susu ibu adalah sesuatu yang hidup diperkaya dengan probiotik dan lactobasilus ada anti viral, anti bakteria dan anti fungus. Disebabkan itu jika ia diletakkan pada suhu bilik, ia mampu bertahan sehingga 4-8 jam.

Bagaimana Susu Ibu Boleh Tercemar?

  • Peralatan atau bekas yang digunakan adalah kotor
  • Peralatan atau bekas yang terbiar lama dan terdedah dengan persekitaran tanpa penjagaan.


Pengendalian dan alatan untuk memerah atau mengepam susu mestilah sentiasa berkeadaan bersih. Pastikan juga tangan kita bersih atau dicuci terlebih dahulu sebelum memulakan proses mengepam atau penyimpanan susu. Cara yang terbaik adalah sentiasa basuh tangan anda setiap kali ingin menyentuh peralatan atau bekas penyimpanan susu. 


CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Kalau ikut pengalaman saya memang mudah simpan dalam cooler bag macam ni. Semasa di pejabat, saya hanya masukkan susu perahan dalam cooler bag sahaja dan simpan dalam surau. Masa nak balik baru ambil balik, tidak perlu simpan daam peti ais pun kerana 
cooler bag
cooler bag
cara simpan susu
medela icepack

Memang penggunaan medela icepack ni sangat mudah, balik je dari pejabat, letak icepack ni dalam tempat beku then sedia boleh digunakan menjelang pagi esok untuk dibawa ke pejabat.


Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 

  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply