Shaklee 7 Star Free Treat Umrah & Ziarah Dubai


Sudah lama tidak post di blog kesayanganku ini. Ingat lagi dulu masa mula-mula buat blog, nak tulis ayat menggeletar tangan. membayangkan berjuta orang luar sana yang akan bagi tulisan kita. Tapi sekarang rasa satu perasaan yang seronok. Jika tak update blog macam ada sesuatu yang tertinggal.

Harini saya nak share dengan sesiapa sahaja yang baca blog ini percutian merangkap honeymoon saya yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Dalam Shaklee saya sangat enjoy. Bukan rasa seperti menjual, tapi saya lebih suka nilaikan sebagai “berkongsi” pengalaman dengan orang lain. kongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain. Pengalaman yang sangat indah sebab dari sini saya melangkah setapak demi setapak, sedar tak sedar sudah masuk 2 tahun saya bersama Shaklee, tidak pernah campur aduk produk lain kerana saya begitu jatuh cinta dengannya.

Saya mendapat free trip dari Shaklee untuk menunaikan umrah dan ziarah ke Dubai. Pengalaman yang memang sangat indah merangkap honeymoon kedua kami sejak berumahtangga. Siapa tak suka bila dapat FREE kan? Mungkin kita ada duit untuk ke sana tapi yg FREE tetap lebih istimewa sebab trip ni adalah VVIP TREAT. Paling indah saya mendapat free trip ni setelah hampir 3  bulan saya berhenti kerja. Saya sendiri tidak pernah menyangka yang surirumah juga boleh berjaya mendapat income sendiri serta peluang-peluang yang terbuka luas tanpa batasan. Siapa yang tak suka jika dapat duduk rumah menjaga anak-anak, dapat income 5 angka serta dapat peluang-peluang melancong yang ditaja sepenuhnya? Saya percaya rezeki yang Allah aturkan ini adalah terbaik sebab saya mengimpikan menjadi ibu yang bekerja dari rumah, dapat jaga keluarga, dapat segala yang lebih berbanding semasa bekerja dahulu..alhamdulillah..

Kami mengunjungi Dubai selama 4 hari. Memang tempat yang sangat bersih dan hebat. Kerana apa? Antara sebabnya adalah pemimpinnya sendiri yang berfikir tiada yang mustahil sebab itulah segala benda yang mustahil untuk dilakukan ada di Dubai. Sambil berjalan ni orang kata luas pandangan, jadi saya jadikan itu salah satu perangsang dalam teruskan bisnes Shaklee ini untuk membuktikan yang tiada yang mustahil jika kita berkehendak.

free trip ke dubai

Banyak aturcara yang diatur setiap hari. Kalau hendak diceritakan semua mungkin tidak cukup ruang di sini. Namun apa yang saya tertarik semasa di sana banyak benda baru yang saya dapat. Antaranya kerajaannya menyediakan rumah percuma untuk pasangan yang mendirikan rumahtangga. Wah bertuah kan. Negara kaya, kebajikan rakyat juga tidak dilupa. 

Lagi satu juga yang saya suka, di sana semua orang mempunyai pekerjaan. jangan berani untuk jadi malas, jika anda tidak bekerja selama sebulan, terus dibuang negara. Hebat bukan? Jadi tiadalah masalah pengangguran di sana. Semua mempunyai pekerjaan.

Saya kongsikan sahaja gambar-gambar selama di sana.

Lunch di Burj Al Arab

Burj Al Khalifah

Merentas padang pasir untuk night safari

Snow Park

Mall terbesar di dunia

Dinner at Amala restaurant


Memang satu pengalaman yang indah kerana kami dilayan dengan sangat baik sekali. Semua tempat yang terbaik, penginapan terbaik dan pengangkutan terbaik. Anda ingin mendapat peluang sebegini?
Jom bersama-sama kami buat bisnes yang sangat best ini. Nanti untuk next entry saya kongsikan pengalaman di Mekah dan Madinah pula.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This Post Has One Comment