Mungkin bagi yang tidak tahu apakah itu National Conference? Macam bersidang apakah pulak ni?
Yang pastinya ia telah berlangsung pada hari Sabtu lepas di Sunway Resort & Spa Hotel. Saya nak share di sini untuk tatapan semua mana tau mungkin selama ini pernah dengar National Conference Shaklee tapi tidak pernah tahu apa sebenarnya majlis ini.
![]() |
Sunway Resort Hotel & Spa |
Sebenarnya majlis ini adalah majlis yang penuh aura untuk memberi pengiktiran kepada semua distributor shaklee yang telah memberikan kecemerlangan selama setahun yang lepas. Pada hari tersebut ada majlis penganugerahan award, penyampaian hadiah dan cek-cek untuk mereka yang layak dan cemerlang. Di situ jugalah hari di mana Shaklee ada melancarkan produk barunya iaitu CoQHealth (yang ni bagus untuk kesihatan jantung tau).
Hari tersebut jugalah umpamakan pusat gathering dan perjumpaan sesama distributor seluruh Malaysia terutamanya yang datang dari serata Malaysia. Saya juga tidak melepaskan peluang datang pada hari tersebut untuk jumpa dengan “anak cucu” bisnes saya yang tersayang. Bayangkan dunia bisnes online kami hanya menggunakan sepenuhnya perantaraan maya, tidak pernah jumpa selama kita berbisnes, dan hari tersebutlah ramai-ramai turun KL untuk meraikan hari bersejarah. Memang sangat happy dapat jumpa orang-orang yang selama ini juga merupakan sumber inspirasi kita. Saya selitkan sedikit gambar pada hari tersebut.
![]() |
Group kami yg super gojes |
Biz Mesra Family |
Mesra keluarga tak? Memang kami mengamalkan biz mesra keluarga, di mana sahaja keluarga adalah utama. Boleh bersama anak-anak tidak kira di mana. Buat bisnes tapi jangan sesekali mengabaikan family. Seronok tak? Saya memang enjoy bersama mereka di sekeliling yang sangat positif. Apatah lagi tiada langsung konsep untuk berkejar ke sana ke mari tak tentu hala, jumpa orang, meeting sampai malam. Itu tidak berlaku dalam group kami. Semuanya di hujung jari dan komunikasi dari depan laptop di rumah masing-masing.
Selain sesi bergambar kenangan bersama anak cucu cicit bisnes, kan tadi ada disebut pasal award kan. Jadi alhamdulillah pada Dia yang memberi peluang kepada saya untuk menerimanya. Jeng jeng jeng, inilah hasilnya sebahagian apa yang saya dapat pada hari tersebut.
Nantikan event tahun depan pula ye di mana lebih ramai lagi penerima award dari kalangan anak-anak bisnes saya sendiri, insyaAllah..
Sememangnya hari yang penuh aura!
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.