Shaklee Malaysia lancar CoQHealth Plus

SUBANG JAYA 8 Jun – Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia), melancarkan CoQHealth Plus yang dapat membantu menyokong jantung sihat dan menangani masalah penyakit kardiovaskular yang juga pembunuh nombor satu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson berkata, produk terbaharu yang ditawarkan itu mengandungi kesemua perubatan semulajadi daripada campuran 28 miligram (mg) zat makanan larut lemak yang hadir secara semulajadi di dalam tubuh badan (CoQ10) beserta Vitamin E dan ekstrak teh hijau.

“Produk ini didatangkan di dalam bentuk kapsul dengan bantuan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian serta penyerapan yang maksimum dalam sistem tubuh badan ketika diambil.

“Dengan sebiji kapsul yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah serta juga kaya dengan lain-lain kebaikan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013.
CoQHealth Plus dijual pada harga RM124 kepada bukan ahli.

Yang turut hadir Pengurus Besar Serantau Shaklee, Victor Lim dan Naib Presiden Kanan Pemasaran Global Shaklee, Cindy Latham.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply