Bila Hati Sudah Sayang


Tengahari ni hilangkan mengantuk layan lagu best jugak. Dengar lagu bila hati dah sayang. Ala lagu-lagu lama zaman bujang dahulukala. Sesekali layansssss.

Betullah orang cakap jika hati dah sayang memang akan seronok. Sebab sayangkan anak-anak dan keluarga saya di sini. Manusia boleh berubah ke arah yang lebih baik jika mahu. Kalau tak mahu siapa boleh tolong?

Harian saya sekarang ini semenjak menjadi surirumah berpendapatan ni, penuh dengan aktiviti rumah. Macam biasalah seperti ibu-ibu yang lain, kerja rumah seharusnya kerja yang tidak pernah habis. Layan anak-anak, hantar anak sekolah, masak untuk keluarga. Kita dengar pun sangat common benda ni kan? Tapi jangan lupa satu lagi iaitu walau di rumah tapi bergaji ok. Teringat pula kisah silam. Kalau dulu masa bekerja saya dapat simpan RM100 untuk setiap orang anak tapi sekarang angka itu telah bertambah 0 di belakang. Alhamdulillah dan rasanya tidak sia-sia saya memilih jalan ini. Jangan disangka ibu-ibu yang di rumah tidak punya apa-apa kerana sekarang ramai ibu surirumah adalah dari kalangan mereka yang berpendidikan tinggi. Tambah pulak dapat income setaraf CEO syarikat.  Mana mahu pilih, duduk rumah atau berada di pejabat seharian?

Sekarang ni buat online semuanya hanya dari rumah. Sebabnya macam-macam kemudahan ada. Rasa nak pos boleh call poslaju datang pickup. Tidak perlu keluar dari rumah jika itu sesuatu yang payah buat kita. Antara mahu dengan tidak je kan. Ini pengeposan semalam. Buat apa yang anda suka insyaAllah pasti Dia mudahkan.

shaklee income
menunggu masa untuk ke pangkuan penerima



Berada di rumah juga membolehkan saya memantau lebih kerap perkembangan anak-anak. Kalau dulu bab paling susah adalah untuk menghalang anak-anak dari makan benda rapu iaitu aiskrim dan jajan. Sebab dahulu saya tinggalkan anak-anak dengan pengasuh. Biasa pengasuh akan terlebih sayang kat anak jagaan sampai semua diturutkan. Maka sebab terlebih sayang itulah aiskrim setiap hari menjadi bahan makanan sehingga merosakkan gigi. Apa nak di kata? Tapi tidak lagi sekarang kerana anak-anak sudah memahami. Kalau pergi kedai pun sendiri cakap, “mama yang ni gula kan tak boleh beli nanti rosak gigi”. 

Bila hati sudah sayang, kita akan buat apa sahaja kan. Carilah sesuatu yang menjadi kesukaan anda dan buatlah hingga berjaya. Seronok sebenarnya bila anak-anak di depan mata. Ini sambil-sambil update blog bolehlah melihat gelagat mereka bermain.

aktiviti wahm

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply