Kekejaman Pengasuh Taska/Nursery


Saban hari ada sahaja berita kanak-kanak didera atau pelbagai kecuaian yang berlaku di taska. Tersedak susu, beri bayi minum susu panas, tidak beri makan dan pelbagai lagi kisah yang tidak tergambar di akal fikiran.

Bila dengar sahaja berita tersebut rasa tak mahu dengar, tak mahu baca kerana sangat sayu mengenangkan anak-anak yang masih kecil diperlakukan sebegitu. Apalah dosa dan apalah yang mereka tahu kan. Kalau tidak sanggup jaga, jangan buka pusat jagaan kerana mereka adalah amanah yang perlu dijaga.

Saya masih ingat saya juga pernah mengalami kisah berkaitan kekejaman nursery ini. Tidaklah saya katakan semua nursery sama, tapi sejak peristiwa-peristiwa tersebut saya menjadi ngeri dan fobia untuk menghantar anak lagi ke sana. Tidak mengapalah saya tidak bekerja dan menjaga mereka daripada hati tidak tenang dengan pelbagai kemungkinan.

Masa anak yang pertama saya telah menghantarnya ke nursery kerana saya bekerja pada masa itu. Ingat lagi satu petang pihak nursery call menyatakan anak saya demam. Hairan, sedangkan semasa hantar pagi itu elok je ceria langsung tiada tanda-tanda demam. Saya ingatkan mungkin demam biasa tetapi hati tidak sedap bila pihak nursery meminta datang mengambil anak.

Saya pulang dengan hati yang berkecamuk. Tepat jangkaan saya sesuatu yang buruk berlaku. Anak saya terbaring di depan pintu dengan selambanya tanpa langsung dituam dengan tuala basah. Sungguh terkejut dengan keadaan itu saya segera mengambil anak dan bergegas ke hospital. Dengan keadaan anak yang biru dan kejang masa tu tanpa sebarag respon, air mata mencurah sepanjang perjalanan ke hospital. Saya tidak dapat bayangkan perasaan seorang ibu dan hanya ibu sahaja mungkin memahami situasi tersebut.

Sesampai ke hospital, anak saya terus dibawa ke unit kecemasan dan akhirnya terpaksa ditahan wad. Syukur kerana masih tidak terlewat, kalau tidak saya tidak tahu apa yang akan jadi padanya. Rasa bersalah membelenggu diri, rasa marah pada nursery pun menghantui saya tetapi apakan daya masa itu saya tidak mampu untuk berhenti kerja dan menjaga anak di rumah. Inilah agaknya dilema ramai ibu-ibu di luar sana. Walau hati terpaksa melepaskan anak pada jagaan orang dengan hati yang tidak tenang, tetapi terpaksa bekerja untuk mencari nafkah. Tiada pilihan, walaupun sebenarnya kita masih mempunyai pilihan, kena mencari pilihan itu!

bonding time
kakak yang telah pun besar sekarang



Akhirnya saya menukarkan anak saya ke nursery yang lain. Tetapi hati ini masih lagi bimbang namun terpaksa. Kalaulah saya menjumpai bisnes yang saya buat sekarang ini lebih awal, sudah tentu peristiwa itu tidak berlaku. Namun saya yakin ada hikmahnya. Ia membuatkan saya lebih menghargai momen bersama anak-anak kini setiap hari tanpa perasaan bimbang.  

Kini saya merasakan lebih tenang kerana tidak perlu lagi berkecamuk di hati antara kerjaya dan anak-anak. Kerana sebenarnya anak-anak adalah no 1, bukan bahan dilema bagi ibu bapa. Jika ada peluang yang terbuka luas untuk menjaga mereka dengan tangan sendiri, carilah peluang tersebut. Jika terpaksa teruskan bekerja, berdoalah moga dipermudahkan.

Terima kasih pada Nya yang memberi peluang ini kepada saya untuk bersama anak-anak kini setiap masa.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This Post Has 2 Comments