Ini bukan zaman dahulu kala. Kalau dulu sinonim bila kata surirumah kita terbayang yang isteri duduk rumah jaga anak-anak dan rumahtangga dan sudah pasti tanpa pendapatan kan. Sekarang keadaan sudah berubah, surirumah sudah meningkatkan lagi satu tapak lebih maju iaitu menjadi surirumah yang bergaji.
![]() |
huru hada kalau macam ni |
Kenapa saya kata bergaji? Sebab sekarang ramai ibu-ibu telah berpeluang memanfaatkan potensi diri. Kalau dulu buat kuih untuk hidangan sekeluarga sahaja tetapi sekarang dengan zaman teknologi ni surirumah boleh jual kuih guna online sahaja. Ikut kemahiran masing-masing. Ada yang pandai buat kek, jual kek. Ada yang pandai buat kraftangan, buat kraftangan. Pendek kata tiada istilah duduk rumah goyang kaki dan tiada pendapatan. Malahan pendapatan lagi hebat jika dibandingkan dengan gaji bekerja.
Bila masa nak buat bisnes online kalau kerja rumah pun tak menang tangan? Alahai, pandai la selit. Takkan 24 jam pegang mop kan kan hehehhee. Satu dua jam bukak laptop pun sudah memadai. Janji buat kerja halal dan tidak mengabaikan tanggungjawab lain. Tengok ni saya masih punya masa untuk “chill” bersama anak-anak di saat orang lain sibuk bekerja. Seronok bukan?
Memandangkan saya bukanlah ada bakat membuat kek dan sebagainya maka saya memilih bidang lain yang saya minat dan suka. Dari dulu saya sukakan produk berkaitan bayi dan juga kesihatan. Ibaratkan kalau dulu masa orang belum kecoh lagi pasal botol susu BPA free tu, saya dah lama tinggalkan botol yang ada BPA. Bukan susah, banyakkan cari maklumat sahaja kan.
Sebenarnya seronok tak terkira bila menjadi surirumah yang bergaji ni. Kita tidak merasakan hanya duduk sahaja pendapatan pun tak dapat, mahu beli keperluan sendiri pun terbatas. Malah boleh sumbangkan sesuatu pada anak-anak dan juga boleh belanja keluarga dengan hasil sendiri. Maka tidak perlulah bersedih kehilangan duit gaji kerana jika matlamat jelas mahu jaga anak dengan tangan sendiri pasti akan dipermudahkan.
Kalau sekarang saya menjalankan bisnes shaklee sepenuhnya hanya dari rumah. Suami pun suka sebab boleh jaga keluarga dan dapat pendapatan, tiada lah istilah hilang punca pendapatan walau duduk rumah. Yang bestnya setelah berhenti kerja selama 3 bulan, pendapatan saya melalui shaklee telah mengalami peningkatan sebanyak 100%. Bayangkan kalau kerja teruk dengan pagi balik petang tinggalkan anak-anak, yang dapat hanyalah kenaikan gaji paling banyak 10% setahun. Maka tiada istilah menyesal dalam kamus diriku.
Siapa yang rasa mahu mencuba beroleh income secara sampingan dengan shaklee jangan ragu-ragu lagi. Kalau kita asyik takut nak cuba, sampai bila keadaan akan berterusan walaupun hati sebenarnya lebih suka di rumah kan. Tapi kalau mahu cuba pastikan anda berada di bawah empayar yang betul supaya bimbingan dapat dibuat sepenuhnya. Jika salah tempat berpayung pun haru jugak sebab tanpa bimbingan kita juga boleh hilang arah.
Selamat melangkah ke alam surirumah bergaji:)
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.