Resepi Performance Drinks Buatku Bertenaga!


Malam-malam ni bila anak-anak dan suami dah tidur mulalah mama merayap mencari air hehehe. Bukan apa, nak tidur mata belum mengantuk, jadi nak bagi tambahan tenaga untuk update blog malam ni maka haruslah mencari sesuatu yang menyegarkan.

Kalau biasa kita kehausan di siang hari ada orang akan mencari 100 plus kan. Maklumlah katanya akanberikan rasa segar. Oklah buat peminat 100 plus janganlah merajuk, minum jelah tiada siapa yang larang. Tapi sudah pastilah ia ada gas kan. Jadi untuk mencari sesuatu yang lain, saya tidak sukakan rasa gas yang bila sendawa menghasilkan sensasi rasa tidak senang hehehe..

Maka malam ini secara gembiranya saya membancuh Performance Drinks + Shaklee Collagen Powder. Memang terbaik dari ladanglah. Mahukan tenaga dan dalam masa yang sama kita wanita ni tidak boleh lari dari mahu cantik kan? Jadi kedua-duanya dapat. Cergas dan cantik!

performance drinks dan kolagen shaklee



kebaikan PD dan Shaklee Collagen Plus



Kalau nak tahu Performance Drinks inilah yang jadi peneman setia masa bulan puasa dan harian saya. Biasalah banyak sangat kebaikan Performance Drinks ini. Antaranya sudah tentulah untuk menghilangkan dahaga. Kalau minum air masak biasa memang boleh hilangkan dahaga tapi dengan Performance Drinks ni boleh mengawal kehilangan bendalir dalam badan. Ibaratkan kalau sudah banyak berpeluh maka gantilah balik kehilangan cecair dengan minum minuman segar ini. Dan disebabkan ianya mengawal kehilangan bendalir badan, sudah tentu dahaga pun bertahan.

Tapi saya sengaja campurkannya dengan Shaklee Collagen Powder. Sebab kebaikan Shaklee Collagen Powder pun banyak juga. Salah satunya adalah sudah tentulah untuk kecantikan. Biasalah wanita mana yang tidak mahu cantik (untuk suamilah sudah tentu), kalau suami tengok isteri cantik bukankah lebih semangat dan kita pun rasa gembra dapat cantik di mata suami. Bukanlah ingin cantik bak ratu dunia, tapi sekurangnya muka tidaklah berkedut seribu sebelum usia. Relakah anda?

Diam tak diam tercapai juga hasrat untuk berkongsi rahsia malam ini. Inilah rahsia cergas dan cantik seiring sejalan:)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply