Mata Bengkak Angkara Ubat Batu Karang


Hari minggu yang lalu merupakan hari yang penuh dengan kejadian yang tak dijangka. Saya ke Melaka kerana ingin menghadiri sesi magic bersama 12 jutawan shaklee iaitu majlis untuk group besar kami. Lebih tepat bolehlah dikatakan seminar. 


Sungguh kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Di saat-saat akhir saya ingin bersiap untuk turun ke lobi hotel, suami pula diserang sakit belakang dan bahagian pundi kencing secara tiba-tiba. Memang cuak jugaklah kerana bukan sakit biasa, suami sakit berguling-guling atas katil. Segera saya hubungi pihak hotel untuk menghantar wheel chair kerana memang beliau tidak boleh berjalan disebabkan kesakitan tersebut.

Saya terus memecut ke Hospital Pantai Ayer Keroh dan sampai sahaja di bahagian kecemasan, suami diberikan ubat untuk tahan sakitnya dan berehat dalam bilik kecemasan hospital. Saya mengambil peluang sementara suami tidur untuk ke kafe hospital kerana anak-anak masih belum sempat sarapan. Bersarapan sekejap dan terus kembali ke bahagian kecemasan sementara menunggu mertua datang. 

Selesai buat scan, memang seperti yang dijangka kesakitan tadi adalah disebabkan batu karang.  Maka terpaksalah dipantau diwad dan diberi ubat untuk hancurkan batu karang dengan harapan ia akan keluar melalui urin. Nak dijadikan cerita kat Melaka ni kan ada satu tempat ni yang memang glamer sebagai pusat rawatan batu karang secara tradisional. Bukan rawat biasa, boleh keluarkan lagi batu karang secara batin ye. Maka seluruh pelosok manusia datang mendapatkan rawatan di situ. Kebetulan lagi yang terbaru adalah tempat tersebut sekarang sudah menjual pil batu karang kononnya makan 2 hari boleh baik terus. Bukan FREE tau, letak harga RM100 ok? Pakcik kayo…

Inilah dia ubat batu karang yang dimaksudkan yang bernilai RM100 itu. 8 biji RM100 ok? Kalah vitamin shaklee ni.


ubat rawat batu karang


Tu dia, lepas makan sebiji terus muka suamiku yang hensem bertukar zombie hahahhaa.
Serius takut sebab dia memang sebelum ni ada alergik dengan pain killer. Jadi saya telah merumuskan yang ubat ini mengandungi pain killer yang sangat tinggi dosnya. Sebab alergic kali ini memang sungguh teruk sampai berkali-kali suamiku mengambil tuala sejuk untuk diletakkan ke muka disebabkan gatal yang amat sangat. Patutlah pengamal perubatan tu kata makan 2 hari dah baik, dah kalau pain killer overdose dalam tu memang la hilang rasa sakit tapi sekejap jelah, nanti berkunjung lagi ke sana. Lupa nak bagitau, untuk maklumat tempat pusat perubatan itu adalah di Gangsa, Melaka. Korang carilah sendiri kat mana ye.

Maka serta merta panggil doktor dan diberikan ubat anti allergic. Terus kena cucuk sedas. Ha kan tak pasal-pasal tu. Kesian MIL rasa bersalah sebab dia yang berikan ubat tu pada anaknya huhuu. Dan juga kena marahlah dengan doktor ambil ubat tanpa kebenaran. Sedap lagi ditambah oleh nurse pulak, bahawasanya pecah rahsia pakcik pengamal perubatan tu rupanya pernah buat rawatan buang batu karang dekat hospital. Keciknya dunia. Nak menipu pun agak-agak la kan. Sendiri sakit batu karang camana tak boleh nak ubat sedangkan orang lain datang berubat boleh pula siap keluarkan batu karang sebagai bukti. Maka oleh kerana minda telah disaiko, kita pun rasa sihat dan cergas walaupun masih ada batu karang dalam badan tu. Itu menurut cerita nurse tu lah yang pakcik tu buat operation buang batu karang. Kalau cerita dia tak betul maka cerita ini pun tak betullah. Walau apa pun saya tetap meragui pusat rawatan itu kerana memberikan ubat sebarang tanpa memikirkan risiko. Entah ubat yang dibeli borong dari mana pun wallahua’lam. Teringat pula kisah kawanku pernah cerita, seorang makcik ni makan ubat kuda. eeiiii takutnya bila fikirkan.

Oleh kerana betapa hebatnya kesan ubat tadi maka tengoklah suamiku sudah beberapa hari masih lagi tidak surut bengkaknya. Hilang kehenseman hehhee…

ubat batu karang

Sehingga ke saat ini, keadaan bengkak masih belum surut. Tunggu update seterusnya akan saya ceritakan kisah sambungannya. Stay tuned!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. Unknown

    semoga husband kak anum kembali sihat & cergas.:)