Memulihkan “nipple crack” bagi Ibu Menyusu

Ibu-ibu menyusu semua pasti ada yang pernah mengalami “nipple crack” ni kan. Terutama pada awal-awal kelahiran, bayi masih lagi tidak pandai latch dengan betul. Dan mungkin juga bagi ibu-ibu yang pertama kali mungkin akan alami situasi ini. Kerana tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk susukan bayi. Ada juga yang alami “nipple crack” disebabkan “thrush“.

Mula-mula kenalpasti masalah dahulu. Jangan takut untuk susukan bayi anda walaupun anda mengalami kesakitan akibat “nipple crack” tersebut. Susukan bayi pada payudara yang tidak sakit terlebih dahulu dan barulah bertukar pada yang lagi satu kerana waktu ini bayi sudah agak “kenyang” dan mungkin hisapan menjadi lebih perlahan.

Ada cara untuk kurangkan kesakitan akibat “nipple crack” ini. Ianya juga boleh merawat dengan baik.

CARA-CARA MERAWAT “NIPPLE CRACK”

1. Rendam sekejap payudara selama lebih kurang seminit dengan “salt water rinse”.  Ala-ala air garam tapi bukanlah air garam yang menyakitkan tu. Kalau taak pun boleh je beli di kedai iaitu sterile saline solution. Ia mempunyaia konsentrasi yang sama dengan air mata dan tidak memedihkan.

2. Selepas sudah bersih bolehlah sapukan sedikit air susu perahan pada puting yang luka tadi. Air susu ibu mempunyai kuasa memulih tau:)

3. Sapukan krim lanolin atau saya pernah menggunakan satu krim ni yang saya rasa sangat sesuai dengans aya iaitu Purelan dari jenama Medela. Yang ni memang best guna sebab tidak membahayakan bayi. Kita tidak perlu basuh puting yang disapu tadi jika mahu susukan bayi. Mudah dan senang kan. Sekejap je baik.  Mungkin ada lagi krim yang bagus tapi saya lebih suka gunakan purelan ini. Boleh cari di Mothercare atau mana-mana kedai bayi yang ada menjualnya.

krim medela purelan
purelan dari Medela

Dalam masa memulihkan ni, kerapkan “anginkan” payudara selalu. Contohnya masa menyusu ada kala ibu menyusu memakai disposable bra pad tu kan. Kerapkan tukar jangan tunggu lama sehingga basah nanti ia sukar untuk pulih. Selamat mencuba:)

bra pad
disposable bra pad

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply