Resepi pagi merangkap ke petang hari. Biasanya saya hanya memasak pada hari bekerja sahaja dan hari minggu adalah waktu untuk makan di luar (bagi can la mama nak bersantai dan rehat pulak). Saya mulakan aktiviti memasak di awal pagi biasanya menu adalah simple sahaja sesuai dengan keluarga yang tidak berapa besar ni. Satu resepi untuk anak-anak dan satu resepi untuk kami suami isteri.
Semalam teringin nak makan siakap stim limau, apalagi kebetulan ada pasar tani di pagi ahad, sempatlah membeli bahan kepeluan untuk buat siakap stim limau ni. Sebenarnya resepi ni bukanlah resepi sebenar. Entahla saya pun tidak tahu resepi dan bahan sebenar yang digunakan untuk membuat siakap stim limau yang sedap tapi saya sekadar mencuba buat ikut citarasa sendiri sahaja. Biasalah pegi kedai makan ada sesekali order siakap stim limau ni. Maka dari situ tengoklah bahan-bahan yang diguna, balik rumah cubalah buat. Bukan payah benar antara sedap dengan tidak je hehehhe.
Ok saya kongsikan resepi yang tidak seberapa ini mana tahu anda yang mahu berdiet amat sesuai amalkan masakan stim ni apatah lagi disertai limau yang amat baik untuk menyingkirkan lemak-lemak yang bermaharajalela kan.
BAHAN-BAHAN RESEPI SIAKAP STIM LIMAU
- Ikan Siakap
- daun ketumbar
- tomato
- halia
- garam
- gula
- limau nipis
- bawang putih
- cili merah
- serai
- jagung muda
CARA MASAKAN
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.