Seminar Public Speaking Dan Pengacaraan


Nampak macam tak releven kan? Kenapa perlunya seorang WAHM (working at home mom) seperti saya menyertai seminar seperti ini? Setiap hari dan cukup buat public speaking dengan anak-anak kat rumah kan. Oh no no no! Ilmu tidak pernah terbatas. Jangan limitkan diri kita hanya kerana kita itu, kita begini.

Memang seminar semalam banyak ilmu positif yang saya belajar. Bagaimana ingin berubah menjadi lebih positif. Kalau mahukan ilmu silalah cari yang mana satu pilihan kalbu. Saya perlukan ilmu ini kerana walaupun saaya seorang ibu yang bekerja dari rumah tapi saya juga sesekali perlu untuk membuat coaching pada ahli-ahli empayar bisnes ini. Sesekali perlu menyertai seminar yang saya sendiri pilih untuk pergi, bukan paksaan atau wajib ye. Tapi bila berjumpa ramai rakan-rakan maka kita juga boleh belajar dari pengalaman kejayaan orang lain.

Meninggalkan anak-anak dengan suami pada pagi ahad memanglah sesuatu yang amat jarang saya buat. Kalau boleh memang saya taknak. tapi semi sebuah ilmu saya gagahi jua. Bukan senang nak dapat ilmu, kalau kita tak usaha datang pada ilmu itu maka siapa yang tolong heret kita ke sana kan? Suami saya alhamdulillah adalah seorang penyokong setia dulu kini dan selamanya. I love u sayang.. ehehe romantika di amor plak malam-malam ni.

Memang ye berjumpa dengan orang-orang positif. Yang paling ditunggu sudah pastilah saudara Amin Idris seorang personaliti TV Al Hijrah dan juga adalah juga pemilik Amin Idris Training Consultant. Tapi beliau muncul pada sesi petang maka harap bersabar ye puan-puan sekalian.


seminar public speaking Amin Idris




Sesampainya dalam dewan, tengah dok meyembang dengan rakan sebelah tetiba zassss mata tertumpu di belakang. Siapa lagi rupanya Heliza Helmi. Wah artis plak dah ada harini. Maka hasilnya, wajiblah ambil gambar beramai-ramai kan 🙂

seminar public speaking Amin Idris



Maka bermulalah seminar hari itu. Maka seperti biasa daku adalah yang bertuah itu sentiasa menjadi orang yang terpaksa ke pentas. Aduhai mak. I memang pemalu tapi bila dah sampai atas pentas, lupa pulak status seorang muslimah sopan santun. Nah tu dia, gelak besar kan. Masa ni rasa macam kena ragging pun ada, tapi anggaplah penonton-penonton itu sebagai patung tak bernyawa supaya kegugupan berjaya diatasi. 


tv alhijrah amin idris

Maka tibanya masa rehat adalah masa yang ditunggu untuk membuat aktivivti syok sendiri. Selfie bersama rakan-rakan (actually adik-adik i tu, nampak sangat kakak yang tidak mahu mengaku veteren). Malu nak bagitau, lokasi ini adalah di dalam toilet ye, harap maklum.

selfie


Seronoknya seminar ini adalah kita tidak pernah rasa sempat untuk berasa boring kerana pengisiannya yang sangat menarik tertarik kau memang the boom. Tak sia-sialah pergi, meredah hujan ribut sewaktu pulang. Dan inilah hadiah buat korang yang tertunggu gambar bersama speaker hari tersebut.

seminar public speaking amin iris


Maaf ye terasa muka sangatlah comot masa ni sebab menjelang petang dan kekurangan nutrisi dalam badan mula terasa. Tak nak kalah tu salahkan nutrisi kan hehehe. Apa pun, saudara Amin Idris memang terbaik! Lupa nak perkenalkan pada dia yang daku juga satu kapal dengannya sebenarnya. Apa pun enjoiceeeeee!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply