7 Kesalahan Dalam Bisnes MLM


Ramai orang buat bisnes kan? Ada macam-macam bisnes. Ada orang buat bisnes sendiri contoh buat kilang aiskrim, ada yang ternak kambing, ada juga yang berjaya dalam MLM. Tapi ramai juga yang memandang serong pada MLM, tapi harus diingat tidak semua MLM adalah sama. Pendekatan berbeza. Tak kenal maka tak cinta sebab itu jangan salah pilih sebab kalau salah nanti sampai akhirnya kita akan salahkan bisnes tersebut walhal kita yang tidak memahami sepenuhnya apa itu MLM.

cara bisnes MLM



Memandangkan saya juga adalah dalam bisnes ini maka suka saya ingin share sedikit pengalaman dalam bisnes ini. Mungkin boleh jadi panduan pada mereka yang ingin serius buat bisnes MLM.

Kesalahan biasa yang selalu dihadapi oleh mereka yang ingin join bisnes MLM:

1. Salah pilih mentor
Dalam buat bisnes mahu atau tidak kita perlukan mentor. Ibarat mak kita yang akan guide kita dalam bisnes bak kata dia leboh dulu makan garam dari kita. Maka perlulah seorang mentor yang betul-betul membimbing anda hingga berjaya. Bukan yang sekadar sign up selepas itu tinggalkan anda terkontang kanting. Kerana mentor itulah kita nak berdamping selalu, tips yang mungkin kita belum tahu. Macam saya ada pernah terbaca seseorang ni buat bisnes ternak kambing. Lepas habis belajar terus semangat nak bisnes hanya dengan gunakan ilmu yang dipelajari sedangkan dia lupa bahawa pengalaman itu juga adalah satu ilmu. Maka kena berguru.

mentor dalam MLM



2. Tidak memahami marketing plan.
Dalam setiap bisnes terutama MLM sudah pasti ia mempunya marketing plan tersendiri. Jika kita ingin berjaya sudah tentu kita kena memahami selok belok marketing plan dan kriteria atau target yang perlu kita buat. Ibarat ianya sebagai penanda aras kita nak pergi sampai jauh mana. Kalau takde haluan dan halatuju maka bagaimana inginkita plan target dan masa depan kita kan. Kena fahami sebelum anda cebur dengan lebih proaktive.

marketing MLM



3. Tidak sabar
Ingin cepat kaya memang sinonim dengan masyarakat sekarang. Asal dengar duit dapat cepat dan mudah, maka tak kiralah terpaksa melabur buat loan berpuluh ribu asalkan nanti bulan depan dapat duit bulan-bulan seumur hidup. Secara lojiknya adakah orang mahu bagi kita duit free? Semua orang yang berbisnes mesti berusaha untuk capai tahap yang boleh dikatakan berjaya. Billionnaire mana yang tak alami kesusahan dan cabaran dalam berbisnes apatah lagi kita. Kalau duit mudah sangat nak dapat, maka ramailah jutawan segera dalam Malaysia ni.

4. Hentam kromo buat loan
Buat loan 30k, pulangan bulanan 5k. Pastu sebulan je dapat, bulan seterusnya nan hado. Banyaklah yang macam tu, tapi ramai jugak orang tertipu. Kenapa mesti ada cara yang sebegitu sedangkan dalam shaklee saya bermula dengan tiada modal langsung. Hanya register untuk jadi ahli sahaja RM75 seumur hidup lepas tu silah jana wang besar sesuai dengan usaha kita.

5. Ikut ikutan
Join hanya sebab orang suruh atau sebab ikut ikutan sahaja. Tiada kecintaan pada produk contohnya. Maka rasanya kalau kita buat sesuatu yang kita tidak suka adakah pulangannya akan berhasil dengan cemerlang? Mesti takkan sama dengan orang yang memang ada penuh kecintaan pada bisnes itu sendiri. Sebelum ikut ikutan, fahami apa yang kita nak dan bergeraklah untukc apai sasaran itu.

6. Tidak tetap pendirian
Sekejap rasa nak berbisnes, sekejap hilang semangat. Sekejap rasa nak jadi WAHM, sekejap rasa nak kerja ofis. Kalau asyik dok main cak-cak tak boleh nak ke mana.

7. Tidak fokus
Sekejap join MLM A, sekejap MLM B, sekejap MLM C. Yang mana satu pilihan kalbu? Kadang-kadang mungkin marketing plan hampir sama tetapi kenalahmemilih yang betul-betul meyakinkan kita. Dan bila dah yakinmaka fokus pada yang itu sahaja. Jangan fikir kalau kita buat 10 perkara boleh dapat 10x pulang RM walhal kalau kita FOKUS, walau satu pun akan datangkan hasil lumayan. Bila fokus maka kita akan lebih banyak masa untuk mengkaji dan memahami produk dengan lebih baik.


bisnes MLM



Pada saya mungkin banyak bisnes yang bagus di luar sana, maka pilihlah yang terbaik yang paling sesuai dengan keinginan dan kehendak anda. Matlamat yang jelas pasti memberi kejayaan buat anda.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply