Jual Tisu: Cara Mulakan Bisnes Dari Rumah


Saya masih ingat dulu sewaktu sekolah rendah sudah mempunyai ciri-ciri usahawan:) Masa tu bawa tisu mini tu yang harga sepuluh sen masa tu, jual pada kawan-kawan. Seronok sebab dapat duit hasil jualan walhal modalnya suruh mak belikan satu dozen tisu tu pastu saya jual. Untung dapat pada diri sendiri, bertuah punya anak hehhee

tisu poket



Dari pengalaman itulah rasanya saya teruskan sampailah waktu bekerja pun saya ada buat bisnes kecil kecilan, rasanya tak membantu sangat pun tapi sebab seronok maka dapat untung sikit dah rasa happy. Pernah jual tudung bawal di pejabat, tapi sebab bukan jenis reti menjual maka prospek pun jadi orang yang sama hinggalah tiada lagi yang mahu beli maka saya tidak menjual lagi. 


jadi ahli shaklee


Suatu hari saya terjumpa dengan bisnes shaklee secara tak sengaja. Memang tak sengaja sebab masa tu saya mana ada pengalaman buat bisnes secara online. Blog pun takde, apatah lagi akaun facebook pun tiada. Tapi ada hati nak buat bisnes online kan? Tapi itulah perancangan atau penglihatan kita mungkin terbatas, tak  tercapai akalmu, tapi Allah tahu yang terbaik untuk saya sebab itulah Dia datangkan peluang buat bisnes ini pada saya.

Saya taknak ceritalah detail mengenai bisnes shaklee ini, kalau nak tahu boleh klik sini:

KISAH PERJALANAN SEBAGAI SID

Apa yang saya nampak jika ingin memulakan sesuatu bisnes anda tidak perlukan benda lain kecuali KEMAHUAN YANG KUAT. Kemahuan biasa-biasa tak boleh sebab nanti anda akan rasa tidak sanggup nak buat sebab tiada mahu yang kuat. 

Saya dulu awal-awal manalah ada laptop nak buat kerja online ni. Tapi nasib baik masa tu saya bekerja di salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia maka saya dibekalkan laptop untuk kegunaan kerja dan extra bagusnya adalah diwajibkan bawa balik laptop ke rumah. Dan laptop itu banyak berjasa kerana dari situlah saya online menggunakan broadband yang saya miliki.

Awal-awal memang terasa susah tambah lagi penggunaan broadband yang meruntun jiwa, kalau datang masa sewelnya maka mahu siapkan satu entry blog pun sangatlah menguji kesabaran. Slow yang amat. Tapi itu adalah cabaran kan. Bila saya kenang sekarang, ia menjadi manis dan membuat saya lebih bersyukur.

Jangan risau sebab perjalanan yang sukar itu mungkin akan jadi lebih mudah. Setelah saya beroleh bonus yang stabil dalam shaklee maka saya mula bertukar dari broadband kepada unifi. Maka lajulah boleh buat urusan bisnes online dan hasilnya juga semakin meningkat. Selepas itu barulah saya mula membeli sebuah laptop yang sangat berjasa sehingga sekarang iaitu cinta hatiku Macbook Air:)

Oh ya sebelum itu saya juga laburkan sedikit duit untuk membeli smart phone supaya lagi memudahkan saya membuat urusan bisnes walau saya berada di luar. Sangat mudah jika anda fikirkan ianya mudah.

Tak susah buat bisnes dari rumah,  yang penting anda tahu bahagikan masa, buat dulu perkara wajib dan mesti allocate time untuk tumpukan pada bisnes juga. Yang paling penting bantuan dan pertolongan serta sokongan dari suami sangatlah diperlukan. Alhamdulillah dari dulu hingga sekarang saya mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari suami tercinta.

Jika anda berminat untuk buat apa sahaja bisnes dari rumah, mulakan sekarang dengan apa yang ada. Jangan tunggu hingga semuanya anda rasa perfect atau sempurna. Kerana kesempurnaan itu akan datang sendiri seiring masa.

Saya kini dari cuba-cuba buat bisnes online, kita telah menjadikan ia sebagai sumber tetap saya. Hanya bisnes dari rumah tetapi saya mendapat pendapatan yang jauh berganda-ganda dari gaji saya bekerja dahulu.Saya tidak malu untuk menyatakan yang sumber pendapatan sekarang sebulan adalah hampir bersamaan gaji bulanan saya selama 2 tahun bekerja. Syukur allah mendorongkan saya jalan ini.

Bagi anda yang masih ragu-ragu, cubalah, anda pasti tidak menyesal. Oh ya sebelum lupa, jika anda semua ingin mengetahui apakah rahsia saya dalam bisnes ini, bolehlah klik pada gambar saya di belah paling kanan itu. Moga kita sama-sama mendapat manfaat:)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply