Kisah Doktor Bedah Mayat

Semalam seperti biasa kami berkongsi sesuatu rahsia dan tips melalui support group yang ada. Bagi yang belum tahu, dalam bisnes shaklee saya memang ada saya sediakan support group untuk menyokong dan membantu empayar anak cucu saya berkembang.

Semalam dalam group khas itu kami belajar sesuatu. Bagaimana belajar? Mudah sahaja sambil lipat kain, sambil baring dalam rumah pun boleh je belajar dan mendengar sharing dari kawan-kawan. Jangan susahkan benda yang mudah.
Saya menjemput ‘anak shaklee’ saya iaitu Doktor Safuhah untuk share pengalaman bagaimana beliau keluar dari comfort zone dan buat shaklee bersungguh-sungguh. 

Memetik perkongsiannya, ikutkan rutin harian beliau yang sangat busy dengan report dan bedah mayat (beliau adalah seorang doktor forensik) maka boleh dilihat mustahil beliau mampu dan mahu buat shaklee dengan sebaiknya. Rutin beliau tidak sama seperti orang biasa. Dengan kes yang banyak setiap hari juga report yang menimbun, siapa sangka beliau boleh luangkan dan ada masa.
Kerjaya beliau boleh dikatakan sudah comfort dengan income yang stabil. Tapi kenapa beliau masih mahu mencari side income? Kenapa masih perlu mencari sesuatu?
Ada 2 point utama iaitu beliau memang sukakan bisnes. Sebelum buat shaklee beliau memang ada membuat kraf yang dijual secara online. Tapi bila jumpa shaklee beliau rasa shaklee lebih mudah untuk handle kerana tidak perlu banyak masa untuk kerja-kerja tangan. Produk sudah sedia ada tinggal untuk sharing sahaja.
Point kedua adalah beliau tidak puas. Tak puas sebab dengan kerjaya yang sangat sibuk, masa untuk bersama kedua-dua anak kecilnya sangat terhad. Dengan on call 7 hari sebulan, kerja hakiki yang super busy maka masa yang ada sangat terhad. Begitu besar impiannya mahu menjadi ibu yang boleh bekerja dari rumah. Sekarang impiannya hampir pasti jadi kenyataan.
Memang betullah kata orang, kena tahu apa yang kita mahu dalam hidup ni. Memang duit bukan segalanya jika terpaksa memilih antara keluarga dan anak-anak. Dan beliau tekad memilih anak-anak. Tahniah safuhah, berjaya keluar dari comfort zone! Semoga kejayaan lebih besar menantimu.

Leave a Reply