Krabi Island: Part 4 Melawat Gajah

Selesai sarapan pagi maka bermulalah ekspedisi kami untuk ke ladang gajah. Ladang ke? Boleh la janji ada. Kami ke sini asalnya ingat nak tengok gajah je, tapi rupanya ada pula ditawarkan elephant trekking. Ha kalau jungle trekking tak suka nak buat tapi elephant trekking boleh tahan mencabar jiwa raga juga sebab hati sentiasa tak tenang sebab takut..

Tapi sebab fikirkan kalau tak cuba, bila lagi nak cuba kan. Jadi kami ambil keputusan untuk cubalah. Tiket untuk naik gajah buat elephant trekking ni untuk satu family hampir RM300 tapi oklah kata nak naik gajah kan. Aktiviti elephant trekking ni mengambil masa selama satu jam. Tapi satu jam seolah 3 jam bagiku. Takut tapi mahu. Dalam hati tak putus-putus doa agar gajah ni behave harini. Macam-macam dalam fikiran tapi doa sahajalah moga tiada apa berlaku. Penakut kan?

posing sebelum naik gajah

memulakan perjalanan

Perjalanan ni agak lambat sebab gajah kan berjalan secara ayu. Buatnya kalau dia berlari mahu tercabut jantung huhu. Memang rasa mencabarlah sebab masuk hutan kan. Masuk hutan keluar hutan, bersama gajah memang satu perasaan yang tidak dapat digambar. Tapi kalau orang suruh naik lagi sekali rasanya tidak lah kot. Cukuplah sekali, tak sanggup berdebar hati sepanjang perjalanan.

Selepas keluar dari hutan, gajah bawa kami ke sungai pula. Nampak sangat cerdik kan gajah yang bawa kami. Yang sebenarnya tuan gajah ada jadi lebih tepat tuan gajah lah yang bawa kami. Berendam sakan rupanya gajah-gajah ini. Maklumlah cuaca sini agak panas.

berendam taknak balik

Fuhh lega setel semuanya. Kami meninggalkan ladang gajah dengan senyuman sebab sebentar lagi akan ke destinasi lain pula. Tunggu sambungannya…..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply