Krabi Island: Part 5 Bermesra Dengan King Cobra

Baca tajuk jadi ngeri sendiri. Memang ngeri, ikutkan tak suka nak pandang ular ni. Apatah lagi nak bayang atau tengok depan mata. Tapi orang kata kalau tak tengok persembahan ni nanti rasa rugi pulak bila lagi nak datang kan. Maka pelawaan pemuda motor tambang diterima. Kami dibawa ke destinasi untuk melihat persembahan King Cobra.

Masuk situ ada bayarannya tapi maaf sudah hilang ingatan bayar berapa sebab tak fokus masa tu. Sebelum tengok persembahan ular tu, kami dipersembahkan dengan persembahan monyet. Monyet kayuh basikal, demo pulas kelapa dari pokok, demo oleh si monyet kupas kelapa guna gigi. Yang bestnya kat sana kami terjumpa dengan satu family dari Kuala Lumpur juga yang sedang bercuti. Tetapi mereka lebih best sebab jelajah Thailand dengan keretaa. Katanya selepas Krabi mahu ke Hadyai pula. Meriah semua diorang sangat ramah dan happening.

tempat menarik di krabi
sempat bergambar bersama
takde perasaaan kayuh basikal

pandai mintak duit

Tibalah saat untuk melihat persembahan King Cobra. Menakutkan! Bagi saya yang memang tak suka ular memang seharusnya geli dan takut mengucap 10x. Ambil tempat paling atas, berdebar tak usah cakap. Sama je penakut dengan anak.

Cukup sudah gambar-gambar ngeri ni. Nak upload sini pun rasa tak boleh nak pandang. Tapi salute lah pada tuannya yang sanggup cium king cobra tu. Sempat interview rupanya dia orang Mynmar datang Krabi untuk bekerja. Hebat walau apa kerja anda tapi tak semua orang ada kebolehan ni kan. Rezeki ada di mana-mana.

Setelah selesai persembahan king kobra maka acara last seperti biasa wajiblah ambil gambar kan.

Pendek kata hari yang memenatkan sebab selepas persembahan tadi kami pergi ke tempat ternakan ikan keli (macam ikan keli, agak je). Kat situ bagi makan ikan, jalan-jalan dalam hutan kecil lepas tu perut sudah berkeroncong mahu mintak makanan. Apa lagi, tomyam kung menjadi pilihan.

Jumpa lagi di lain entry untuk kisah-kisah percutian seterusnya:)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply