Krabi: Part 2 Terasa Bagai Kampung Sendiri

Mari kita sambung lagi kisah Krabi tadi. Setelah bermandi manda sakan maka keletihan mula terserlah di muka anak-anak. Lalu kami memutuskan untuk bersiap-siap mencari makan. Badan dah penat, apa lagi makan pulak kan.

Kami ke lobi hotel dan mula keluar area hotel dengan hasrat ingin makan kedai tepi-tepi tu sahaja tetapi tak semena kami terjumpa dengan pemuda yang bawa motor tambang. Ala motor yang boleh muat 4 orang dalam tu. Dia offer kami, nak pergi pasar malam? (of course kisah ini telah dialih bahasa). Katanya kebetulan haritu ada pasar malam terbesar dan paling best kat pulau tu hari tersebut. Kami pun apa lagi, terbayang pasar malam macam rumah kita kan, ooh peluang keemasan ni, nak juga kenal pasar malam krabi.

Maka motor dipecut dan sampailah kami ke pasar malam lebih kurang dalam 15 minit gitu.

krabi pulau best
sebelum turun wajib bergambar dulu

Maka bila sampai apa lagi mata sudah pasti melilau cari makanan maklumlah sudah berkeroncong dari tadi.

krabi island
taktau air apa tak berani beli

Maka kami pun berjanji untuk beli makanan dalam masa setengah jam kononnya, yakin boleh habis pusing. Tapi itu janji palsu sahaja tau, 45 minit kami ambil masa itupun kira sangat disiplin ok hehhe. Yang bestnya pemuda motor tambang tadi tunggu kitorang kat sana. Jadi takdela rasa kejap lagi nak menggagau balik dengan apa kan.

cuti-cuti krabi

Jangan ditanya nama-nama kuih dan makanan ni memang tak kenal, tapi halal tau. Hampir 90% yang menjual makanan adalah muslim jadi sangat mudah la kerja membeli. Yang kenal hanyalah kebab, ada kami beli juga. Yang kuih lain sorry tidak sempat interview. Lagi satu buah yang kenal dan sempat beli adalah buah kundang. Jauh kan sampai ke sini nak makan buah kundang.

buah di krabi

Setelah makan apa lagi, lentoklah.. Sebab esoknya banyak lagi aktiviti nak buat. Mahu tahu aktiviti kami seterusnya? Ikuti sambungan part 3….

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply