Wahmillionnaire: Shaklee Master Celebration Part 1

Alhamdulillah hari ini baru sempat untuk bercerita tentang majlis shaklee master celebration kami yang berlangsung 19 April yang lalu di Pullman Hotel Putrajaya.

Luarbiasa! Itu yang boleh dikata kerana kami dikelilingi oleh mereka yang disayang. Ada family, ada rakan-rakan bisnes, ada anak cucu wahmillionnaire yang sangat supportive.
Majlis dimulakan jam 10 pagi. Bermula dengan acara makan-makan yang menjadi kegemaran ramai hihi. Memang alhamdulillah ramai yang sudi datang, terima kasih banyak pada yang sudi meriahkan majlis.

Selepas makan-makan maka bermulalah acara masuk dewan dengan perarakan semua masters yang hadir masuk dewan dan terakhir adalah giliran kami. Perasaan tiada lain melainkan sangat happy dikelilingi oleh mereka-mereka yang positif. 

Masuk sahaja dewan meremang rasanya. Bukan sebab mistik hihiii tetapi rasa syukur akhirnya tiba giliranku di sini.Kalau dulu pernah berangan suatu hari adalah majlisku tetapi ianya telah berlaku! Benarlah jika kita mahu, tiada perkara mustahil. Yang jadi mustahil jika kita limitkan potensi. Semua orang ada potensi tapi bagaimana kita menggunakan potensi itu?
Nanti saya akan sambung apa yang berlaku selepas itu. Stay tuned!

Leave a Reply