Kategori Vitamin

Dalam banyak-banyak vitamin yang kita ambil, adakah kita tahu secara lebih detail bagaimana vitamin dikategorikan?

Secara ringkasnya vitamin boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu vitamin LARUT AIR dan VITAMIN LARUT LEMAK.

VITAMIN LARUT AIR contohnya Vitamin C dan Vitamin B group.
VITAMIN LARUT LEMAK contohnya Vitamin A, D, E & K.

Vitamin larut air biasanya tidak disimpan dalam badan dan mudah dikeluarkan oleh badan melalui urine.Vitamin larut lemak pula akan disimpan di dalam lemak badan dan juga hati.Dengan itu pengambilan vitamin larut lemak haruslah berpada-pada, jangan sampai melebihi dos.

KENAPA PERLUNYA VITAMIN?
Badan kita tidak dapat menyediakan vitamin dalam kuantiti yang mencukupi. Dengan itu iainya perlu diperolehi dengan diet yang betul dan juga pengambilan supplement yang tepat. Sebagai contoh, seseorang yang tidak sukakan oren mungkin kekurangan vitamin c, manakala sesorang yang tidak boleh tolerate dengan laktosa mungkin akan kekurangan kalsium.

Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply