Kisah Epik Si Stokin Putih

Kalau ingatkan kisah stokin putih ni rasanya setiap kali juga akan menitiskan airmata. Terima kasih sayang kerana dirimu yang membawa mama ke tahap sekarang.

Jika ada yang datang pada majlis shaklee master celebration yang lepasdi Pullman Putrajaya pasti tidak akan melepaskan peluang mendengar kisah yang pertama kali saya luahkan di khalayak yang ramai. Ianya seribu satu kisah kasih sayang saya.
Anak ini yang telah menyedarkan saya. Anak ini sebenarnya banyak dugaan dialami semasa masih bergelar bayi. Tapi anak ini yang banyak merubah hidup saya.
Inilah Sarah Iman yang sudah bersekolah sekarang. Dialah stokin putih saya. Jom ikuti teaser yang saya buat khas sempena hari majlis master celebration tersebut. Kisah penuh epik. Anda boleh ikuti trailernya di sini.

Memang anak inilah yang membuatkan saya menangis. Dan semasa majlis berlangsung, kisah anak inilah ditunggu-tunggu. Tidak susah anda ingin mencari push factor kerana ianya sudah ada di depan mata.
Saya berkecimpung dalam shaklee bermula dari kisah breastfeeding iaitu menyusukan anak kedua saya. Di situ ia bermula tetapi secara biasa biasa kerana tiada push factor di situ. Saya mulakan bisnes shaklee dengan perasaan ingin mencuba bisnes online. Tiada niat serius kerana saya tidak pernah tahu potensi yang ada dalam shaklee. 

Inilah anak kedua saya yang sudah pun besar seiring dengan usia saya bersama shaklee. Kerana menyusukannya saya terjebak dalam dunia yang sangat indah.
Kisah stokin putih itu tadi bermula dari suatu hari. Sarah berlari-lari memberitahu saya supaya menengok message book beliau setelah saya mengambilnya dari nursery. Oleh kerana penat, permintaannya saya tangguhkan dan seperti biasa saya selesaikan kerja-kerja rumah dan sebagainya setelah pulang dari kerja.

Sehingga saya benar-benar terlupa tentang message book tadi. Atas katil semasa sudah ingin tidur, Sarah membawa bukunya dan tunjukkan pada saya. Katanya “mama, mana stokin putih saya?” Airmata menitis laju di kala menulis sekarang walau perkara itu sudah berlaku 2 tahun yang lalu.
Saya tersentak masa tu. Kenapa perlu bawa stokin putih? Sarah memberitahu beliau perlu mengambil gambar untuk sekolahnya. Semua pelajar dikehendaki memakai stokin putih. Tersentak saya memang menangis waktu tu. Kenapalah aku sangat lalai dan terlalu mementingkan perkara lain berbanding dengan anak. Kenapa terlalu mementingkan diri bekerja siang malam tapi permintaan mudah tidak dapat dipenuhi. Dengan perasaan bersalah saya memberitahunya pinjam stokin kawan.
Malam tersebut saya tidak boleh tidur kerana terlampau fikirkan perkara tersebut. Dan hanya Allah sahaja yang tahu, saya telah tekad untuk lakukan sesuatu!
Saya mesti memilih, bukan lagi menjadikan anak sebagai barang pilihan. Saya terfikirkan yang saya sedang buat shaklee dan kenapa saya tidak jadikan ini sebagai titik tolak saya untuk kejar kejayaan tu tanpa mengabaikan anak saya? Dan saya telah banyak rasa bersalah dengan Sarah kerana sejarah semasa kecilnya banyak perkara berlaku di nursery dan kesihatannya tidak berapa baik seringkali masuk keluar hospital. Atas sebab itu lagi menguatkan saya untuk keluar dari comfort zone.
Dan kini saya amat berterima kasih kepada permatahati yang mengajar saya kasih sayang itu bukan boleh dibeli dengan wang ringgit dan masa. Ia perlukan sesuatu dan anda mesti membayarnya dengan keputusan yang tepat.
Terima kasih sayang, sekarang kita bukan sahaja boleh sentiasa bersama malah dengan bisnes ini banyak yang merubah dari segala segi terutama rohani. Saya tak pernah menyesal menjadi wahm (working at home mom) di usia muda malah saya bangga kerana pilihan saya dulu adalah tepat, saya kini bukan sahaja mengecap kepuasan walau tidak bekerja, malah dari segi ekonomi jauh meninggalkan gaji dahulu. Benarlah janji Allah, buat sesuatu dengan niat yang baik pasti dibalas baik. Walau tidak akan bergelar CEO di tempat kerja, tapi saya bangga menjadi CEO di rumah dan mendapat income yang juga setaraf dengan CEO 🙂 Indah kan ketentuan Dia:)

Leave a Reply to efie muhamad Cancel reply

This Post Has 4 Comments

  1. Unknown

    tak kala air mata saya menitis membayangkan kisah duka anak nanny,saya terasa sebak ,betapa terkilannya hati anak2 saya kerana banyak permintaan mereka yang tidak dapat saya dan suami penuhi..moga ada sinar kejayaan untuk saya dan moga ALLAH merahmati perjalanan liku2 saya dalam bisnes shaklee..

  2. efie muhamad

    Menitis airmata ni num dgr kisah stoking putih..

    Ya, demi anak2…

  3. Unknown

    nangis lagi baca kisah ni.. sob. sob..